54 tahun berumah tangga, wanita 70 tahun akhirnya timang anak pertama

A
A
A

SETIAP pasangan yang berumah tangga mendambakan kehadiran anak sebagai pewaris. Dengan kemajuan teknologi dan rawatan kesuburan, usaha mendapatkan zuriat boleh sahaja direalisasikan seperti wanita berusia 70 tahun ini yang hanya menimang cahaya mata pertama ketika usia perkahwinan mencecah 54 tahun.

Selama 54 tahun kediaman sunyi tanpa cahaya mata, si ibu Chandravati Devi kini akhirnya mampu memeluk anak sulung. Tangisan bayi lelaki memecah keheningan dan menggembirakan seluruh ahli keluarganya baru-baru ini.

Chandravati Devi dan suaminya Gopichand Singh, 75, pasangan warga emas dari Rajasthan Alwar, India sebelum ini melakukan rawatan kesuburan di pelbagai hospital di beberapa bandar. Sebelum berjaya hamil, pasangan itu sudah tiga kali melakukan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF).

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Kredit foto: India Today

“"Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, pasangan ini mendapatkan rawatan di sini menerusi setelah dicadangkan oleh saudaranya. Chandrawati dan Gopi Singh tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana berhampiran Jhunjhunu, Rajasthan," kata pakar IVF, Dr Pankaj Gupta kepada India Today.

Kelahiran bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu disifatkan sebagai keajaiban. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah melewati usia tujud dekad seperti Chandrawati.

"Chandrawati hamil selepas percubaan ketiga melalui IVF. Walaupun gembira, wujud unsur ketakutan kerana usia ibu yang sudah lanjut. Tetapi akhirnya pada hari Isnin, beliau selamat melahirkan bayi yang sihat," katanya.

Baca juga: Usia 50 tahun bukan penghalang, Naomi Campbell bersalin anak pertama

Mungkin selepas ini tiada lagi ibu berusia emas seperti Chandrawati di India. Menurut India Today, terdapat undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen India baru-baru ini yang berkuat kuasa mulai Jun 2022 yang mana pusat rawatan IVF tidak dibenarkan memberikan rawatan kepada wanita dan lelaki berumur 50 tahun ke atas.

Tetapi Chandravati dan suaminya bernasib baik kerana telah berjaya hamil sebelum undang-undang berkuat kuasa.

Ibu yang melahirkan melalui IVF tertua di dunia ialah Erramatti Mangamma dari India. Pada tahun 2019, Mangamma melahirkan bayi perempuan kembar yang merupakan anak pertama dan keduanya bersama suami, Raja Rao, 80. Lebih istimewa, rawatan itu dilakukan menggunakan sel telur milik Mangamma sendiri.

Baca juga: Bayi IVF ditunggu selama 12 tahun positif Covid-19, gara-gara family gathering

Kehamilan pada lewat usia mempunyai risiko kesihatan. Kesuburan semula jadi terhenti apabila seorang wanita mengalami menopaus pada purata umur antara 43 hingga 51 tahun.

Teknik seperti IVF sejak itu membolehkan wanita seperti Chandravati dan Erramatti hamil walaupun selepas menopaus.

Baca juga: Sudah ada tanda-tanda menopaus? Ini lima tip kesihatan yang dikongsikan pakar

Baca juga: Putus haid berisiko tinggi dapat penyakit jantung koronari termasuk mati mengejut, Dr Lim kongsi langkah pencegahan

Beberapa risiko yang boleh dihadapi sekiranya kehamilan lanjut usia berlaku seperti berikut;

Risiko kepada ibu:

i) Masalah kencing manis semasa kehamilan.

ii) Tekanan darah tinggi.

iii) Kelahiran pramatang.

iv) Bayi kembar.

v) Uri rendah.

vi) Kelahiran secara pembedahan.

Risiko kepada bayi:

i) Pertumbuhan terbantut.

ii) Bayi tidak normal seperti alami sindrom Down, sindrom Edwards dan sindrom Patau.

iii) Keguguran.

Baca juga: Pilih keturunan British, jutawan terlalu inginkan anak jalani IVF sendirian dikecam warganet

Sumber: India Today, DNA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang