PRINCESS of Wales, Kate Middleton mengesahkan sedang menjalani rawatan kemoterapi pencegahan susulan keputusan ujian yang diambil selepas menjalani pembedahan perut mendedahkan terdapat kehadiran kanser.

Kate atau Catherine, 42, isteri pewaris takhta Britain iaitu Putera William menyifatkan penemuan kanser itu sebagai satu kejutan.

“Ia merupakan kejutan yang sangat besar buat saya, suami dan keluarga. Kami akan berusaha melakukan segala-galanya.

“Saya perlu sihat dan kuat setiap hari. Saya perlu memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh. Fikiran, badan saya perlu bersemangat.

“Kehadiran William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang hebat. Begitu juga kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia. Ia sangat bermakna bagi kami berdua,” tutur Kate.

Baca juga: 10 fakta Kate Middleton, Princess of Wales kesayangan rakyat Britain, kehilangannya cetus spekulasi

Baca juga: Disahkan hidap kanser, Raja Charles III tetap positif, kini mulakan rawatan pesakit luar

Menurut video yang dikongsikan di laman Instagram rasminya, Kate mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menghantar kiriman mesej berbentuk sokongan terhadap dirinya.

“Beberapa bulan yang sangat sukar untuk kami seluruh keluarga, tetapi saya mempunyai pasukan perubatan yang hebat. Mereka telah menjaga saya dengan baik. Saya amat bersyukur,” katanya.

Jelas bonda kepada tiga cahaya mata itu, beliau kini berada dalam peringkat awal kemoterapi pencegahan mengikut nasihat pasukan perubatan.

Khabar itu merupakan satu ujian kesihatan terbaharu kepada keluarga diraja itu selepas Raja Charles III diumumkan menghidap kanser pada Februari dan sedang menjalani rawatan untuk kanser.

Januari lalu, Kate menghabiskan masa selama dua minggu di hospital selepas menjalani pembedahan pada perut.

Bagaimanapun, beliau berkata, ujian berikutnya telah mengesahkan penemuan kanser.

Menjelaskan lebih lanjut, Kate berkata, beliau dan William telah melakukan segala yang mampu untuk memproses dan menguruskan perkara itu secara peribadi demi keluarga.

Baca juga: Ratu Elizabeth II mangkat, Camilla pula menjadi Raja Permaisuri, 10 info berkaitan

Baca juga: Kelemahan sistem imun tubuh punca keradangan sistem pencernaan usus. Risiko kanser kolon juga lebih tinggi

Iklan

Menerusi video rasmi, Kate menjelaskan beliau dan William mahukan privasi mengenai kanser sehingga anak-anak mereka, Putera George, 10 tahun, Puteri Charlotte, 8 tahun, dan Putera Louis, 5 tahun, memulakan cuti sekolah pada Jumaat.

Katanya, apa yang penting adalah untuk menjelaskan segala-galanya kepada anak-anak mereka dan meyakinkan bahawa beliau dalam keadaan baik.

Kate dilaporkan tidak muncul dalam acara rasmi sejak beliau perayaan Hari Natal tahun lalu.

Baca juga: Kanser hati, barah yang boleh berulang. Kaum Adam dominasi carta, perokok paling berisiko

Iklan

Terdahulu, tular video Kate dan William berjalan dan membawa beg membeli-belah di sebuah kedai berhampiran di Windsor.

Video yang tular pada Sabtu lalu itu menunjukkan Kate kelihatan sihat sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status dirinya.

Sumber: Astro Awani, Instagram princeandprincessofwales

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!