USIANYA baharu sembilan tahun namun anak kecil ini memiliki kekuatan dan kematangan luar biasa.

Di saat rakan-rakan yang lain riang bermain, kanak-kanak perempuan itu terpaksa menjaga adiknya, Akbar sekali gus pengganti ibu yang sudah meninggal dunia.

Terlalu muda untuk memikul tanggungjawab, pun begitu ketulusan kasih sayangnya mencairkan hati.

Baharu berusia sembilan tahun, kanak-kanak bernama Nuraeni itu mencurahkan kasih buat adiknya hingga sanggup membawa si kecil itu ke sekolah hingga sebuah video memaparkan beliau sedang menggendong adiknya yang sedang tidur tular di laman sosial.

Baca juga: Kakak 13 tahun jaga 3 adik di hutan Amazon, bina tempat berlindung daripada dahan & daun, ibu maut pesawat terhempas

Baca juga: Luar biasa! Pesawat terhempas, ibu maut, 4 beradik bertahan hidup 40 hari di hutan Amazon jadi perhatian dunia

Nasib malang Nuraeni dan adiknya di Sinjai, Sulawesi Selatan itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Mereka bukan sahaja kehilangan ibu tersayang akibat kanser tahap empat malah bapanya pula hanya seorang petani yang tidak berkemampuan.

Sejak pemergian ibu mereka, Akbar hanya akan sentiasa bersama-sama si kakak ke mana sahaja sementelah si kecil itu enggan dijaga saudara-mara.

Setiap hari, Nuraeni cekal berjalan kaki sejauh 200 meter sambil meggendong adiknya ke sekolah.

Difahamkan, apabila tiba ke kelas, si kecil itu akan duduk di sebelah Nuraeni atau diam di belakang kelas sementara menunggu kakaknya tamat sesi persekolahan.

Menurut para guru, si adik bagaikan mengerti hanya menumpang di dalam kelas dan tidak pernah bising atau mengganggu proses pembelajaran yang sedang berjalan.

Baca juga: ‘Baliklah Kak Ngah Pijah, abah tunggu…’- 5 hari adik hilang dihanyutkan arus, kakak tak putus berdoa

Warga maya yang bersimpati dengan nasib dua beradik itu menawarkan diri untuk mengambil mereka sebagai anak angkat. Tidak kurang yang mendoakan kejayaan Nuraeni.

Ujar mereka:

Iklan

– “Kita sedang melihat bakal wanita sukses pada masa depan yang sedang ditempa kehidupannya. Yakinlah kelak mereka akan menjadi orang-orang kuat mental dan tahan dengan hentaman kerasnya kehidupan.”

– “Kalau aku adiknya, aku bangga punya kakak seperti dia.”

– “Bolehkah kami mengambil anak-anak ini sebagai anak angkat?”

– “Syurga untuk si kakak sudah nampal. Semoga arwah ibunya husnul khotimah. Harap adiknya kelak selalu menyayangi, melindungi kakaknya ini dan mengenang jasa.”

Baca juga RM13,888 hangus, katering majlis kahwin adik lesap, abang-abang cari meja kerusi, masak sendiri lauk kenduri

Iklan

Baca juga: Remaja lelaki 15 tahun jadi wali nikahkan kakak sendiri raih pujian. ‘Sejuk perut mak awak, dik.’

Sumber: Tribunnews, Undercover.Id

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!