TIADA ungkapan yang boleh menggambarkan betapa sedihnya perasaan apabila putus cinta.

Apatah lagi apabila melihat orang yang pernah dicintai sepenuh hati dan menyulam cinta bertahun-tahun akhirnya menjadi milik orang lain.

Kesudahan hanya air mata peneman di kala hati duka. Sedang diri terluka dengan perpisahan, latihlah hati terima kenyataan tidak semua apa yang kita suka akan jadi milik kita.

Sering kali kita dengar, golongan lelaki yang dipersalahkan jika terjadi putus cinta angkara orang ketiga.

Namun lain pula kisah yang terjadi seperti yang dikongsi pengguna TikTok @Tiiya09 menerusi sebuah video memaparkan seorang lelaki berpakaian celoreng tentera tunduk bersujud di hadapan sepasang suami isteri.

Difahamkan lelaki itu hadir di hari pernikahan bekas kekasih hati.

Lelaki yang dipercayai seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu menangis teresak-esak di hadapan bakal mentua yang ‘tidak jadi’ itu.

Dalam suasana majlis keraian, seorang pengantin perempuan di pelaminan berbusana indah serba putih turut dilihat memerhati kejadian tersebut.

[VIDEO]Abang askar menangis di hari persandingan bekas kekasih curi perhatian

Kelihatan pengantin perempuan itu turut menyentuh wajahnya seakan menyapu air mata dan turut bersedih.

Selain itu, sepasang lagi suami isteri di sebelah pengantin perempuan juga mengalirkan air mata.

Iklan

Video yang berkapsyen “lama pacaran gak menjamin kepelaminan… sabar ya mas” itu telah mendapat hampir 600 ribu tanda suka.

Rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat lelaki itu dan menyatakan mungkin itu bukan jodoh terbaik buatnya.

Sedihnya! Semoga insan-insan yang ada melalui kejadian yang sama bertabah dan cepat-cepat ‘move on’ ok!

Iklan

Sumber: TikTok @Tiiya09

@tiiya09Kok nyesek🥺🥺 ##fypforyouforyoupage ##fyp ##Pengantin

♬ original sound – iis.iskandar73