KEADAAN cuaca semasa yang berubah sejak akhir-akhir ini berpotensi memberikan impak kesan buruk termasuk bencana banjir kilat dan ribut petir.

Selepas bergelut pelbagai cabaran Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 15 Mei lalu, Malaysia dijangka akan berhadapan fasa peralihan monsun bermula 19 September 2023 sehingga November 2023.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya menguar-uarkan perubahan yang bakal berlaku agar orang ramai lebih berwaspada sekali gus membuat persediaan awal.

Baca juga: [VIDEO] Idea terbaik persiapan banjir, ramai tertarik video ‘bungkus’ kereta dengan plastik

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

Berikut 12 info penting anda perlu tahu:

1-Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir.

2-Ia lazimnya membawa hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

3-Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

4-Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

5-Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Baca juga: Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

 

6-Anda yang terdedah kepada ribut petir disaran melalukan perkara berikut untuk mengelakkan bahaya dan kejadian tidak diingini ketika ribut petir:

  • Elakkan berada di kawasan lapang.
  • Jangan berlindung atau parkir kenderaan di bawah pokok.
  • Jangan sentuh objek seperti besi, barang atau kabel elektrik.
  • Jauhi struktur yang tidak stabil dan kukuh.
  • Waspada kehadiran kepala air di kawasan air terjun atau sungai.
  • Jauhi kawasan yang mudah dinaiki air.
  • Hindari aktiviti rekreasi atau luar rumah.
Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

7-Di samping itu, bagi yang tinggal di kawasan rendah atau mudah dinaiki air, sebaik-baiknya sentiasa mendapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman media dan pihak-pihak yang berkaitan seperti bilik gerakan banjir negeri atau daerah.

8-Meletakkan dokumen penting di dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.

9-Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar kawasan tempat tinggal bersih dan tidak tersekat.

10-Buat persiapan barangan kecemasan seperti bug-out-bag dan bekalan makanan secukupnya.

11-Tidak hanya itu, pastikan ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa berlaku kecemasan di rumah.

Iklan

12-Anda juga boleh Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Hati-hati ya! Semoga bermanfaat

Baca juga: [VIDEO] Idea’ genius’ elak air banjir masuk rumah tular, guna kaca gentian hadang pintu

Baca juga: Idea ‘genius’ penghadang banjir tular, tuan rumah dipercayai guna beg pasir elak air masuk

Baca juga: Bermain dengan kakak di anjung rumah, bayi 15 bulan lemas banjir, 7 info kronologi kejadian

Iklan

Baca juga: 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, siap siaga hadapi bencana alam, 11 item ini perlu ada

Sumber: MET Malaysia

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!