SELEPAS kejayaan menjayakan misi mencukur rambut untuk kempen 1 Keluarga 1 Laptop, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih ‘tak duduk diam’!

Beliau sekali lagi dilihat kembali mengutip dana untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di Muar, Johor pada awal Februari lalu.

Untuk kempen kali ini, Saddiq menawarkan kursus pendek dalam talian yang menyasarkan untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar di Muar untuk mengikuti kelas dalam talian.

Apa yang menarik, kempen yang dilancarkan Saddiq yang dinamakan ThunderBOLD menyaksikan bekas menteri belia dan sukan itu sendiri akan mengajar kursus yang merangkumi pemikiran kritikal, seni berpidato dan kemahiran menulis.

Beruntung pelajar Muar! Syed Saddiq biaya 400 tablet

Iklan

“Pada 2 Februari lepas, saya telah lancarkan kempen #ThunderBOLD, dengan tujuan untuk raih dana beli tablet kepada pelajar sekolah di Parlimen Muar.

“Sebagai timbal balik, saya akan menyediakan short course kepada semua penyumbang. Lima kelas online berkenaan pengucapan awam, berfikir dengan kritikal, cara menulis dan kemahiran advokasi akan diajar oleh saya sendiri.

“Hasilnya, hari ini saya berjaya raih hampir RM200,000 dan ini mengizinkan saya untuk membiaya 400 tablet kepada pelajar sekolah di Parlimen Muar,” kongsinya di Facebook.

Tambah Saddiq lagi, beliau sendiri yang menguruskan bagi memilih dan memastikan tablet yang diberi adalah dengan kualiti yang sangat baik.

“Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang terus menyokong Parlimen Muar dan para pelajar sekolah.

“Kepada yang sudah menyumbang, kita jumpa di kelas pertama pada Sabtu ini,” katanya penuh optimis.

Beruntung pelajar Muar! Syed Saddiq biaya 400 tabletBeruntung pelajar Muar dan para penyumbang. Pelajar dapat Tab percuma, penyumbang pula dapat sertai kelas dan tenaga pengajarnya bekas menteri Malaysia tau! Pasti ramai yang dah tak sabar untuk sertai kelas pertama beliau yang dijadualkan bermula 20 Februari ini.

Iklan

Tahniah YB Saddiq!

Alhamdulillah.

Pada 2 Februari lepas, saya telah lancarkan kempen #ThunderBOLD, dengan tujuan untuk raih dana beli…

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Wednesday, 17 February 2021