E-Filing: Nikmati 26 pelepasan cukai taksiran 2021 bagi individu pemastautin
PENGISYTIHARANcukai pendapatan adalah kewajipan tahunan bagi individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) setahun.
Urusan cukai secara dalam talian lebih mudah dan menguntungkan. Justeru, pelaporan pendapatan untuk Tahun Taksiran 2021 boleh mula dibuat menerusi e-Filing mulai 1 Mac 2022 dan berakhir pada 30 April 2022.
Bagi korang daripada kategori individu pemastautin, terdapat 26 jenis pelepasan cukai di bawah empat sub kategori yang boleh dinikmati.
Kenal pasti pelepasan cukai individu berikut untuk memudahkan melapor pendapatan dan menuntut pelepasan cukai yang layak semasa mengisytihar pendapatan bagi tahun taksiran 2021 menggunakan e-Filing.
PELEPASAN INDIVIDU
1.Individu saudara tanggungan = RM9,000
2.Individu kurang upaya = RM6,000
3.Suami atau isteri kurang upaya = RM5,000
4.Suami / isteri atau alimoni kepada bekas isteri = RM4,000
5.Yuran pengajian diri sendiri = RM7,000. Ia termasuk kursus 'upskilling' atau 'self enhancement' dalam mana-mana bidang kemahiran yang diiktiraf Pengarah Pembangunan Kemahiran (Terhad RM1,000)
GAYA HIDUP, PERUBATAN DAN PERALATAN BERKAITAN
1.Perbelanjanan melancong dalam negara termasuk penginapan di premis berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong = RM1,000
2.Rawatan khas perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa = RM8,000
3.Peralatan sokongan asas (individu, suami/ isteri/ anak/ ibu bapa kurang upaya (OKU) = RM6,000
4.Gaya hidup termasuk pembelian bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, bayaran langganan Internet, pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium = RM2, 500. Tambahan RM2,500 bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet.
5.Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan iaitu pembelian peralatan sukan, sewaan atau fi di mana-mana fasiliti sukan dan fi pendaftaran penyertaan pertandingan.
6.Pembelian peralatan penyusuan bagi pembayar cukai wanita sahaja yang mempunyai anak kurang dua tahun. Tuntutan boleh dibuat setiap dua tahun RM1,000
7.Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius bagi individu, suami, isteri atau anak dan perbelanjaan rawatan kesuburan bagi diri sendiri dan pasangan. Rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan dan vaksinasi Covid-19 (terhad RM1,000) = RM8,000
Baca juga: Beli kit ujian kendiri, vaksinasi Covid-19 boleh dapat pelepasan cukai pendapatan hingga RM1,000
PELEPASAN ANAK
1.Mempunyai anak di bawah 18 tahun yang belum berkahwin = RM2,000
2.Anak berumur di atas 18 tahun yang belum berkahwin dan belajar sepenuh masa = RM2,000
3.Anak berumur di atas 18 tahun yang belum berkahwin dan sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di peringkat diploma dan ke atas = RM8,000
4.Yuran taman asuhan kanak-kanak atau tadika berdaftar. Anak berumur enam tahun dan ke bawah. Tuntutan ini boleh dibuat oleh suami atau isteri.
5.Anak kurang upaya = RM6,000
6.Tambahan bagi anak kurang upaya belum berkahwin dan sedang belajar di IPT di peringkat diploma dan ke atas = RM8,000
CARUMAN DAN SUMBANGAN
1.Insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagi penjawat awam dan berpencen = RM7,000.
2.Selain penjawat awam yang mengambil insuran nyawa atau takaful= RM3,000. KWSP atau skim yang diluluskan = RM4,000
3.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) = RM250
4.Skim persaraan dan anuiti tertunda = RM3,000
5.Insurans perubatan dan pendidikan bagi individu, pasangan dan anak = RM3,000
6. Skim Simpanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (tabungan bersih) RM8,000
Banyak juga pelepasan yang diperolehi bagi pembayar cukai yang layak.
Pelepasan-pelepasan cukai ini bukan sahaja dituntut semasa korang membuat e-Filing, korang juga perlu memastikan setiap perbelanjaan tersebut perlu mempunyai bukti seperti resit pembelian, rekod bayaran, penyata akaun dan sebagainya bagi menyokong setiap pelepasan cukai yang dituntut sekiranya diperlukan.
Bagi korang yang berpendapatan penggajian, pastikan menyimpan dengan baik penyata tahunan penggajian (Borang EA/ EC), penyata pendapatan faedah/ sewa selain daripada resit-resit tuntutan pelepasan.
Baca juga: Bayar cukai sebelum 30 April, ini cara mudah bagi yang terlupa
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang