Bangganya, Penang White Curry Noodles dipilih mi sup segera terbaik di Amerika Syarikat

mi segera Penang White Curry Noodles
October 11, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

MI SEGERA dengan rakyat Malaysia memang tidak boleh dipisahkan.

Tidak mengira sama ada mereka yang sudah berkahwin atau masih bujang, makanan segera itu menjadi pilihan sekadar suka-suka atau menu ‘tengah’ bulan.

Boleh dikatakan setiap isi rumah, mesti memiliki koleksi mi segera di pantri masing-masing.

Padanlah permintaan terhadap makanan kering tersebut juga semakin meningkat saban tahun.

Jika merujuk statistik yang dikongsikan statista.com, permintaan mi segera di Malaysia yang direkod bermula tahun 2013 hingga tahun ini mencatatkan peningkatan.

mi segera Penang White Curry Noodles

Malah menurut statistik instantnoodles.org, Malaysia menduduki tempat ke-13 di dunia dengan 1,570 juta hidangan direkodkan.

Percaya atau tidak, produk mi segera keluaran tempatan berjaya menambat selera apabila tersenarai dalam kedudukan lima terbaik di dunia.

Lapor nymag.com, produk keluaran MyKuali Penang White Curry Noodles itu dipilih sebagai mi sup segera terbaik di Amerika Syarikat.

Iklan

mi segera Penang White Curry NoodlesCukup membanggakan apabila keunikan rasa mi segera itu dinilai sendiri pengulas makanan popular, Lucas Kwan Peterson yang juga kolumnis makanan untuk Los Angeles Times.

Peterson dalam satu kenyataan turut menyifatkan dirinya tidak salah untuk memilih MyKuali Penang White Curry Noodles.

“Selain salah satu sebab jenama mi segera keluaran Malaysia ini ‘mudah' dijumpai dalam talian dan saya menyukainya dengan rasa cili hijau yang enak,” katanya.

Baca juga Indomie kehilangan orang kuat, Nunuk Nuraini buat ramai peminat sedih

Iklan

Bukan setakat itu saja, kolumnis makanan itu turut memperincikan pandangan peribadi terhadap 31 jenis mi segera seluruh dunia sejak tahun 2019.

Sudah tentunya antara keluaran produk Malaysia yang menjadi kegilaan ramai ialah MyKuali Penang White Curry, MyKuali Penang Spicy Prawn, Maggi Masala dan Ibumie Mi Goreng Curry Kopitiam.

mi segera Penang White Curry Noodles

Meskipun berdepan saingan hebat dengan produk keluaran Jepun, Korea Selatan dan Indonesia, namun mi segera tempatan berjaya menduduki carta teratas.

Barangkali keunikan rempah asli yang enak menjadi penyedap rasa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apapun, SinarPlus tumpang bangga dengan keupayaan produk tempatan yang berjaya menembusi pasaran global.

Memang cukup menyelerakan menikmati mi segera dengan lambakan isi ayam, udang dan ketam ketika musim hujan, namun jangan selalu ya! #kitajagakita #kitalaluibersama

About Arziana Mohmad Azaman