JARANG sekali kita dapat lihat golongan ‘atok-atok’ menggunakan aplikasi laman sosial TikTok bukan?

Siapa kata ia hanya sesuai untuk golongan ‘budak muda baru nak up‘? Semua peringkat usia pun boleh memanfaatkannya.

Lihat sahajalah TikTok oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin ini, boleh tahan mencuit hati!

Kreatif mengikut perkembangan demografi pelanggan yang lebih muda, syarikat dan jenama gergasi termasuk Mydin Malaysia tidak ketinggalan menggabungkan penggunaan aplikasi bergaya untuk menarik minat pelanggan mereka.

Pada hujung minggu lalu, perkongsian Ameer menjadi viral di Twitter selepas beliau muncul dalam beberapa video TikTok.

Video pertama yang menarik perhatian apabila beliau mencuba cabaran #WipeItDown yang sedang menjadi ikutan.

https://www.instagram.com/p/CBDkNSIAms5/?igshid=1unaesgejsl7q

Tidak kurang yang memuji Ameer kerana berjaya ‘berTikTok’ dan juga terlihat ‘sporting‘.

Ramai yang memberikan respons video itu lucu dan juga ingin tahu kakitangan mana yang berjaya meyakinkan beliau untuk menyertai TikTok; serta bergurau dengan mencadangkan individu itu patut mendapat kenaikan gaji.

Beberapa TikTok lain yang menarik perhatian adalah video yang mana Ameer mempromosikan telur ayam dan pakaian hari raya yang dijual di Mydin.

https://www.instagram.com/p/CAWhYA4jrYp/?igshid=1i2ci8lkokoap

Akaun TikTok Mydin Malaysia telah mengumpulkan lebih 10,000 pengikut dan lebih daripada 53,000 suka setakat ini.

Berikut antara komen warganet tentang perkongsian video TikTok Ameer itu.

ru
@ruhilru
Boleh tahan jugak marketing Mydin

Iklan

Syefri Zulkefli
@chapree
Pergh. Mydin’s tiktok game is pretty strong.

Sabrina
@brinapingu
Even Mydin’s more hip than me (only found out about this wiping thing going on on TikTok)  …

시마♡
@emkonic
Aku sorg jeke bru tau Dato’ Mydin ade tiktok 😭😭 kemainn wipe it down challenge dia promote brg2 murah Mydin ahhahaha cute

fiwaz ♡
@fiwazletih
mydin buat tiktok i-

Iklan

ajerin
@_noradzreen
Aku follow tiktok mydin sebab nak tgk harga barang murah je. Marketing yg berjaya hahahaha

𝘪𝘻𝘢𝘵𝘦𝘢
@iassssssssss
Comel gila Mydin punya tiktok 😭😭😭😭😭😭😭

Goodbye.
@hajarun_
sebagai bekas pekerja mydin, saya berbangga mydin ada tiktok  …
سا را 🌙
@msarahfqh
Aku sekarang ni layan tiktok. Channel paling fav Mydin la. Dari raya haritu aku tengok tiktok video dia best. Nice la bos mau ikut peredaran zaman