SEMPENA sambutan Tahun Baharu Cina pada 12 Februari nanti, Lazada nampaknya sudah awal-awal lagi melaksanakan kempen diskaun menarik kepada para pelanggannya.

Mereka menawarkan potongan harga istimewa untuk beberapa barangan terpilih yang best dan sesuai dengan musim perayaan bagi memeriahkan sambutan masyarakat Tionghua di negara ini.

Barangkali sambutan kali ini tidak semeriah berbanding tahun sebelumnya memandangkan negara yang kita sayangi masih dilanda wabak Covid-19, bahkan kes jangkitan dilaporkan semakin meningkat.

Namun, tidak mengapa kerana bersederhana itu lebih baik dan tidak salah untuk membuat persiapan awalkan?

affliate CNY

Apa yang menarik ditawarkan di Lazada? Set makanan ringan dan kekacang yang menjadi sajian sampingan untuk tetamu ditawarkan harga murah hingga diskaun sebanyak 15 peratus.

Bagi mereka yang membeli-belah di gedung maya terkemuka tersebut, tawaran penghantaran percuma hingga RM49 ditawarkan demi merancakkan promosi bermula 1 Januari hingga 13 Januari ini.

affliate CNY

Pelbagai pilihan menarik untuk dibeli seperti biskut kelapa, kacang walnut madu, kacang almond bakar dan banyak lagi untuk menjamu tetamu yang datang berkunjung. Jangan lupa patuhi prosedur operasi standard (SOP) ya?

affliate CNY

affliate CNY

affliate CNY

affliate CNY

Untuk mereka yang mahu membuat kek atau biskut sendiri, ada banyak pilihan disediakan di Lazada tidak kira perkakas membuat kek, bahan asas seperti tepung dan lain-lain sampaikan boleh buat orang rambang mata.

affliate CNY

Iklan

Tidak cukup dengan itu, bahan pencuci untuk pinggan dan mangkuk pun ada ditawarkan dengan potongan harga hingga 29 peratus. Macam faham-faham saja pinggan dan mangkuk akan menimbun dek kedatangan tetamu tidak putus-putus.

affliate CNY

affliate CNY

Bagi ibu-ibu yang mencari set pakaian baharu untuk anak-anak sempena Tahun Baharu Cina, jangan lepaskan peluang untuk mengintai tawaran harga menarik bagi jenama Poney yang ditawarkan di Shopee.

Iklan

Tawaran harga menarik untuk baju yang comel-comel memang cukup berbaloi kerana diberikan diskaun hingga 52 peratus!

affliate CNY

affliate CNY

Banyak tawaran menarik ditawarkan di Lazada dan Shopee yang wajib direbut. Tidak perlu bersesak-sesak di pusat beli-belah jika ada pilihan lebih selamat iaitu kaedah pembelian atas talian yang dipercayai.

Apa tunggu lagi? Jom cuci mata dan penuhkan troli maya anda dengan barangan menarik sementara promosi masih ada.