MINGGU lalu, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama 50 badan organisasi telah menerbitkan satu buku cerita khas untuk kanak-kanak.

Buku cerita tersebut bertujuan untuk membantu kanak-kanak memahami apakah itu Covid-19.

Buku itu mengenai makhluk fantasi bernama Ario, yang menerangkan bagaimana kanak-kanak boleh melindungi diri mereka, keluarga dan rakan mereka daripada wabak berkenaan dan bagaimana menguruskan emosi yang sukar ketika berhadapan dengan realiti yang baru dan cepat berubah.

Buku tersebut disediakan di dalam talian dengan menggunakan bahasa yang sangat mudah serta dihiasi ilustrasi yang sangat menarik dan berwarna-warni.

Buku cerita berkenaan boleh dibaca oleh orang dewasa namun ia khas ditujukan kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun.

Iklan

Buku cerita berkenaan diterjemahkan secara meluas dengan enam versi bahasa dan akan melibatkan lebih daripada 30 bahasa lain namun masih dalam peringkat perancangan.

Apa tunggu lagi, jom muat turun sekarang melalui pautan ini https://interagencystandingcommittee.org/iasc-reference-group-mental-health-and-psychosocial-support-emergency-settings/my-hero-you

Iklan

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).