Iktibar Ustazah Asma' Harun tutup kedai makan, lelaki ini kongsi formula jualan elak kejadian serupa berulang

A
A
A

PENDAKWAH, Ustazah Asma' Harun baru-baru ini mengumumkan penutupan restoran miliknya, Momen by UAH.

Cabaran dunia perniagaan tidak mudah, pelbagai faktor mendorong kepada terhentinya operasi restoran yang baharu 12 bulan bertapak itu.

Pengguna Facebook, Amirul Mu'min melakukan analisis dan tampil dengan beberapa fakta sebagai iktibar kepada mereka yang berjinak-jinak dengan dunia bisnes khususnya bidang makanan dan minuman (F&B).

Berikut perkongsiannya:

"Saya spend 52 minit untuk tonton dan fahami isu Ustazah Asma Harun tutup kedai makan supaya korang boleh ambil iktibar dalam masa lima minit. Di bawah adalah ringkasan daripada video:

-Umur perniagaan: 1 tahun dua hari

-Menu popular: Sup tulang RM14.90, empat jenis laksa berharga RM10 hingga RM13.

-Sales bulanan: RM 90,000 - RM 120,000

Kos overhed: RM30,000

Kerugian dialami: Rugi RM30,000 setiap bulan

Kos bulanan: RM150,000 sebulan

Ini juga bermaksud, Kos stok bahan mentah: RM120,000 sebulan

"Ustazah selalu beli stok barang untuk seminggu yang bermaksud mengeluarkan belanja RM30,000 setiap minggu untuk beli barang stok bahan mentah

"Sebab nak tutup: Ustazah kata sebab keadaan ekonomi, margin bisnes F&B kecil, kos bahan mentah mahal dan lain-lain," katanya.

Ujar Amirul Mu'min, titipannya itu bertujuan sebagai nasihat dan panduan tulis kepada usahawan F&B yang baru hendak mula berniaga, yang baru setahun berniaga, ataupun bawah tiga tahun yang masih mencari rentak.

Baca juga: ‘Bertudung tak wajib kerana...'’ Ustazah Asma’ Harun kongsi teguran, nasihat elak buat tafsiran sendiri

Baca juga: ';The best love story' Ustazah Asma Harun throwback kenangan awal perkahwinan curi perhatian ramai

'Saya boleh cerita panjang lebar tentang jenis usahawan dulu, sebab jenis usahawan akan membentuk mindset dan program awal on why you do business at the first place. Namun saya tidak mahu mengaitkan dengan hal itu.

"Susah jika hendak diteliti punca ustazah katakan kos bahan mahal kerana pecahan kos ramuan dan berapakah nilai sup tulang popular yang berharga RM 15 semangkuk itu tidak dimaklumkan.

"Jika mana-mana team ustazah atau pengurus terjumpa posting ini, betulkan kalau saya salah huraian," kongsinya.

KOS

Berikut pula penerangan Amirul Mukmin mengenai kos:

"Katakanlah ustazah guna formula biasa usahawan set harga jualan iaitu formula darab tiga, bermaksud kos ramuan sup tulang ustazah berjumlah RM5 semangkuk.

"Dan andaikan juga ustazah membuat kiraan untuk memastikan kos ramuan sup tulang tidak melebih 35 peratus harga jual. Ini bermakna, kos ramuan sup tulang RM5.25

"Justeru margin ustazah ialah sebanyak 64.77 peratus dan jualan minimum yang perlu dicapai setiap hari ialah RM1,545 atau 104 mangkuk sup tulang untuk menanggung kos operasi RM30,000 sebulan," kongsinya.

Kata Amirul Mu'min, itu belum menyentuh margin yang ustazah mahukan dan kos terbazir.

Beliau mencadangkan peniaga menggunakan aplikasi percuma kirauntung/free untuk mengira jumlah jualan minimum dengan mudah.

Baca juga: Beramal seperti Ramadan terakhir dalam hidup, Ustazah Asma’ kongsi checklist 10 amalan terbaik

Baca juga: Balik kampung tidur hotel, Ustazah Asma’ mohon selidik sebelum cemuh. “Jangan kerana mesra, kumpul dosa”

Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap

6 NASIHAT UNTUK USAHAWAN

Beliau turut menyenaraikan nasihat dan cadangan baik kepada semua usahawan F&B seperti berikut:

1. Benar, bisnes F&B sangat mencabar. Hampir sedekad beliau sekeluarga menguruskan bisnes pembuatan mee kuning di Kuantan.

2. Untuk konsisten, selamat dan kekal berniaga dalam industri F&B, harga jual mesti perlu ditetapkan 'betul-betul' untung dahulu. Jika penjual tidak pasti jumlah jual berapa, gunakan aplikasi percuma di atas.

3. Jangan jual lebih daripada 10 menu kerana jika menu banyak maka kos juga meningkat. Kalau mahu banyakkan juga pilihan, buat 'menu engineering' betul-betul supaya stock bahan mentah yang sama boleh hasilkan beberapa menu.

4. Kalau ustazah buka kedai sup tulang sahaja pun okay, memandangkan itu menu popular. Buang sahaja menu yang kurang permintaan.

5. Jika perlu menaikkan harga, sup tulang RM15 semangkuk sudah cukup mahal untuk B40 dan M40 melainkan sup tulang ustazah tersangatlah meriah dan boleh makan dua hingga tiga orang.

6. Untuk mengurangkan kos bahan sup tulang, ustazah boleh buat tiga pilihan saiz hidangan iaitu small, medium, large bowl dan letak tiga jenis harga supaya boleh puratakan kos yang lebih rendah.

Amirul Mu'min mengalu-alukan perkongsian supaya ia memberi manfaat kepada orang ramai.

Baca juga: Suami curang, hubungan terlarang, wanita bujang jangan takut berkahwin- Ustazah Asma’

Baca juga: Menggeletar tahan perasaan dengar dialog drama memaki di hadapan makam Rasulullah SAW, ini teguran Ustazah Asma’

Sumber: Facebook Amirul Mu'min

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca