Jahidah Nordin dipukul ketika hamil hingga koma, bekas suami diperintah bela diri, 5 info terkini
SEDIH mendengar cerita seorang isteri dipukul oleh suami hingga koma. Insan yang sepatutnya menjadi insan melindungi sanggup bertindak di luar kawalan sehingga mengakibatkan kecederaan parah.
Ramai mula mengikuti kes Jahidah Nordin @Sylvester, 46, yang juga penjawat awam selepas berita kekejaman suaminya tersebar di laman sosial.
Mengimbas kembali kejadian pada tanggal 4 Mei 2021, Jahidah yang merupakan isteri kedua telah dipukul pada bahagian kepala, muka dan tangan.
Tidak dapat membayangkan kesakitan ditanggung, beliau yang ketika itu sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan.
Dimaklumkan, rahang, tulang belakang dan rusuknya juga retak dipercayai dipukul lelaki terbabit yang menyebabkan wanita itu terlantar sehingga ke hari ini.
Baca juga: Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak
Baca juga: Wanita koma dibelasah suami makin lemah, keluarga buntu namun reda
Baca juga: Lulus tuntutan fasakh, wanita mangsa dera suami hingga koma, Jahidah Nordin sah bercerai
Berikut lima info berkaitan perkembangan terbaru kes Jahidah:
1-Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan Rosmaini Abd Raof, 41, membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, tiga tahun lepas.
2-Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu.
3-Mahkamah bagaimanapun menetapkan 24 Januari ini untuk menentukan tarikh perbicaraan.
4-Pada hari kejadian, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki pada belakang tangan Jahidah yang ketika itu masih isteri ketiganya sehingga menyebabkan kecederaan parah.
5-Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.
Jahidah yang koma akibat kecederaan parah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 November 2021.
Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Feb 2023 sekali gus pasangan itu rasmi bercerai.
Adiknya, Fauziah Nordin sempat menitipkan harapan agar orang kena tuduh iaitu Rosmaini menerima hukuman setimpal.
Baca juga: Takut jadi janda, punca terus didera, 1 daripada 3 wanita Malaysia mangsa keganasan rumah tangga
"Dari dalam perut lagi sampai dua tahun Nufail sentiasa dalam kasih sayang dan jagaan kami.
"Semoga dipermudahkan urusan dan ibu Nufail mendapat pembelaan. Doakan Kami," titipnya di Tiktok.
Prima Facie boleh diertikan sebagai sekilas pandang atau sekali imbas atau sepintas lalu. Keterangan prima facie pula membawa maksud keterangan yang meyakinkan mahkamah dan mencukupi untuk memastikan wujudnya elemen utama dalam pertuduhun kes jenayah. Beban untuk mengemukakan keterangan prima facie iniadalah terletak kepada pihak pengadu atau pihak Pendakwa.
Sumber: Bernama, Fauziah Nordin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang