SUNTIKAN vaksin Covid-19 merupakan salah satu kaedah membantu mengawal penularan, sekali gus membentuk antibodi dan mengurangkan kebarangkalian kejadian koronavirus.

Sehubungan itu, Pfizer merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat meluluskan dos vaksin tambahan ketiga ataupun booster (penggalak) pada bulan hadapan.

Keputusan itu dibuat berdasarkan bukti terdapat risiko jangkitan semula yang lebih tinggi selepas enam bulan mendapatkan suntikan.

Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten memberitahu, selain jangkitan semula, penyebaran varian Delta juga menjadi faktor perlunya dos booster.

“Vaksin Pfizer sangat aktif terhadap varian Delta. Namun, selepas enam bulan ada kemungkinan wujud risiko jangkitan semula apabila antibodi semakin berkurang,” katanya Dolsten kepada Reuters.

Baca juga [VIDEO]Kenali Keberkesanan, Sifat Vaksin Pfizer, Sinovac Dan AstraZeneca

Baca juga Remaja 16 Tahun Pengsan, Angkat Berat Di Gim, Selepas Enam Hari Vaksinasi

Iklan

Menurutnya, penurunan keberkesanan vaksin itu di Israel baru-baru ini berpunca daripada jangkitan individu yang telah menerima suntikan dos pada bulan Januari dan Februari lalu.

Difahamkan keadaan tersebut terjadi kerana keberkesanan vaksin tersebut dalam mencegah jangkitan dan simptom kronik menurun pada 64 peratus pada bulan Jun 2021.

Walaupun tahap imuniti individu dilaporkan berkurangan selepas enam bulan disuntik vaksin, Dolsten menegaskan ia tetap berada pada 95 peratus keberkesanan terhadap simptom kronik.

Iklan

Dos booster dikatakan akan menghasilkan tahap antibodi lima hingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding penerimaan dos kedua.

Khabarnya beberapa negara di Eropah berhasrat untuk meluluskan penggunaan dos ini. Suntikan penggalak didakwa sangat penting kepada golongan berusia dan warga emas.

Foto: Freepik

Sumber: Reuters