ISU penipuan siber atau scammer menjadi bualan hangat dalam kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini.

Banyak penipuan pinjaman dan pelaburan dalam talian berlaku di negara kita antaranya Macau Scam dan Love Scam.

Walaupun telah banyak tangkapan dibuat, kumpulan scammer seolah tidak serik, malah semakin licik memperdayakan masyarakat.

Terbaru, dikatakan menggunakan taktik Cash On Delivery (COD) atau dapat barang baru bayar.

Seperti mana dikongsikan oleh seorang pengguna di media sosial Facebook dikenali sebagai La Dolce Niza. Beliau menceritakan kisah sahabat suaminya mengenai taktik scammer dari China.

Menurutnya, ramai pembeli di Malaysia sudah terkena dengan scammer dari China yang menjual barang mengunakan tktik COD.

“Ramai sebenarnya percaya sebab kononnya seller tidak akan menipu sebab dapat barang dulu baru bayar.

“Namun, hakikatnya ia adalah modus operandi mereka yang akan menjual sesuatu barang pada harga tak
masuk akal seperti gajet, phone, laptop dan sebagainya.

“Contohnya harga pasaran tablet RM800, tapi mereka jual pada harga RM300.

5 sebab rakyat Malaysia suka beli secara online

Iklan

“Mereka akan mengunakan company DHL atau Ninja Van untuk menghantar barangan. Kemudian pembeli perlu membayar dahulu sebelum parcel diserahkan dan dibuka.

“Setelah mereka membuka parcel tersebut, ketika dan saat inilah pembeli atau penerima akan rasa tertipu.

“Macam saya order laptop touch screen, tapi hanya dapat plastik game demo set untuk display je. Apabila saya jumpa balik rider DHL, mereka pun tak dapat buat apa sebab dah klik Successful Delivered,” tulisnya.

Ulas La Dolce Niza, ramai penguna tempatan tertipu.

Iklan

“Bila pergi balik ke page pembelian tersebut, rupa-rupanya ramai yang tertipu, ada yang dapat keyboard ‘bodoh’ je.

“Ada yang dapat plastik hiasan. Paling best, selepas 3 hingga 4 minit kita komen tentang penipuan mereka terus delete dan disable page pada hari sama.

“Namun mereka akan membuat beribu page lagi dan menggunakan iklan di Facebook untuk mencari pelanggan baharu.

Baca juga Sardin dalam tin bawa mudarat? Ini maklumat yang perlu kita ambil tahu

“Paling best mereka langsung tidak memberikan contact number atau e-emel untuk dihubungi. Hanya ada e-mel company DPE Logistic iaitu company delivery dari China.

“Jadi sampai kita mati pun kita tak akan tahu siapa, di mana dan berapa ramai sudah menjadi mangsa mereka,” ujarnya.

Jadi, korang yang gemar membeli-belah secara online perlu sentiasa berwaspada. Semak dahulu sebelum bertindak.