UMUM sedia maklum bahawa bintang bola sepak dunia merupakan antara golongan ahli sukan yang menerima bayaran paling lumayan sebagai imbuhan gaji bulanan mereka.

Jadi tidak hairanlah apabila gaya hidup mereka dilihat sangat mewah. Pasti timbul tanda tanya berapa agaknya pendapatan mereka.

Media dari France, L’Equipe, telah mengeluarkan senarai tahunan baru melibatkan pemain bola sepak yang mendapat gaji tertinggi di dunia pada masa kini.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo berada di puncak senarai pemain. Bukan perkara yang pelik pun jika melihat pada kehebatan mereka berdua.

Namun satu hal yang mungkin akan mengejutkan peminat bola sepak adalah pendapatan Lionel Messi yang kini dilaporkan dua kali ganda melebihi pendapatan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Messi dilaporkan memperoleh pendapatan kasar bernilai €8.3 juta (RM39.9 juta) sebulan. Sementara Ronaldo dianggarkan bernilai €4.5 juta (RM21.6 juta)

Jadi, berapakah jumlah sebenar pendapatan pemain dunia yang lain? Berikut adalah antara senarai pemain yang mendapat pendapatan paling tinggi di dunia secara kasar menurut L’Equipe.

Iklan

Senarai ini dibuat berdasarkan gaji mereka bersama pasukan yang mereka wakili.

1. Lionel Messi (Barcelona) | €8.3 juta sebulan (RM39.9 juta)
2. Cristiano Ronaldo (Juventus)| €4.5 juta sebulan (RM21.6 juta)
3. Neymar (PSG)| €3 juta sebulan (RM14.4 juta)
4. Antoine Griezmann (Barcelona)| Pendapatannya tidak melebihi €3 juta sebulan (RM14.4 juta)
5. Luis Suarez (Barcelona)| Pendapatannya tidak melebihi €3 juta sebulan (RM14.4 juta)
6. Gareth Bale (Real Madrid) | €2.5 juta sebulan (RM12 juta)
7. Eden Hazard (Real Madrid)| €2.5 juta sebulan (RM12 juta)
8. Kylian Mbappe (PSG) | €1.9 juta sebulan (RM9.1 juta)
9. David de Gae (Manchester United) | €1.8 juta sebulan (RM8.6 juta)
10. Robert Lewandowski (Bayern Munich) | €1.7 juta sebulan (RM8.2 juta)

Iklan

Ada sesiapa yang nak jadi pemain bola sepak dunia?

Sumber : thesukan