Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan
PETUA orang-orang lama tentang cara menikmati durian seperti meminum air dari pangsa buah itu bukan sengaja diada-adakan, malah sangat berguna. Saintis, Dr Suri Roowi menjelaskannya.
Raja Buah, durian adalah kegemaran masyarakat kita. Durian ialah buah tropika yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia.
Mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka, buah yang mempunyai rasa lemak manis itu kini sedang banyak di pasaran. Sana sini gerai durian menjadi tumpuan orang ramai.
Baca juga: Pemuda jual sebiji durian RM500 terkejut, Menteri Saravanan sanggup beli
Baca juga: Pokok durian gergasi 62 tahun di Taiping, tarik perhatian netizen
Namun, pasti ramai di antara kita yang pernah mendengar pantang larang ‘orang lama’ berkaitan durian yang kononnya perlu dipatuhi bagi mengelakkan perkara tidak diigini.
Antaranya ialah meminum air daripada pangsa durian iaitu bahagian dalam kulitnya untuk mengelakkan masalah sakit panas badan atau gangguan penghadamn selepas memakannya.
Baca juga: Kerana durian nyawa melayang, lelaki cacatkan remaja hingga maut
Saintis, Dr Suri Roowi Ph.D KMN mendedahkan petua itu ada benarnya. Bahagian kulit dan ari buah tersebut tinggi khasiatnya,
“Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
“Mungkin ada benarnya. Hal ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari (selaput) buah.
“Kajian yang diterbitkan di dalam dua Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan dipanggil propacin.
“Bahan ini boleh bertindak sebagai anti radang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian,“ katanya.
Malah menurut beliau, kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat anti diabetis.
Selain berkongsi kelebihan kulit durian, Dr Suri Roowi turut mencadangkan cara meminum air daripada pangsanya.
“Mungkin lebih elok jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum,” katanya.
Selain itu, beliau mencadangkan durian diambil dalam kadar yang sederhana, tidak berlebihan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang