JIKA korang nak tahu, garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita tetapi dalam jumlah yang kecil sahaja.

Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Selain itu juga, garam berlebihan dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang.

Oleh itu, kita perlu mengambil kurang daripada 1 sudu teh garam sehari untuk mengelakkan penyakit.

Korang tahu tak contoh makanan tinggi garam? Untuk dijadikan sebagai panduan, SinarPlus sediakan senarai contoh makanan tinggi garam yang terdiri daripada bahan perisa, makanan terproses, makanan diawet dan makanan ringan.

Iklan

Senarai makanan ini adalah hasil perkongsian Kementeri Kesihatan Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka hari ini. Antaranya adalah seperti :

1. Bahan Perisa

  • Kicap
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Taucu
  • MSG
  • Kiub perisa
  • Perencah makanan segera
  • Mayonis
  • Salad dressing

2. Makanan terproses

  • Makanan dalam tin ( Sardin, tuna , sub cendawan)
  • Sosej
  • Keju
  • Kacang
  • Piza
  • Bebola ikan
  • Nugget
  • Burger

3. Makanan diawet

  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Ikan pekasam
  • Daging salai
  • Telur masin
  • Jeruk sayur
  • Jeruk buah
  • Acar buah
  • Belacan
  • Cencaluk
  • Budu

4. Makanan ringan

  • Keropok udang/ikan
  • Mi segera
  • Kerepek uji
  • Papadom
  • Kacang masin
  • Kerepek kentang
  • Miskut masin

Dalam senarai yang disenaraikan ini pasti ada kategori makanan yang biasa kita ambil bukan? Setelah dah tahu ini kalau boleh cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan garam demi kesihatan. Sedap tak semestinya kena masin! Semoga bermanfaat!

Iklan