BERSALIN anak ketiga secara normal, pelakon dan pengacara Raja Farah meluahkan sebak apabila bayinya mengalami jaundis tinggi.

Bayi perempuan seberat 2.81 kilogram (kg) itu selamat dilahirkan pada 9.40 pagi, 17 Jun lalu.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan dan Anak Halal itu terdahulu mendambakan cahaya mata perempuan. Justeru, Raja Farah menitipkan kesyukuran impiannya menjadi kenyataan.

Baca juga: Doktor terkejut, masih ada ibu rendam bayi dalam air cincau elak masalah kekuningan

“Terima kasih semua yang mendoakan dari sebelum pregnant untuk dpt baby girl, sampai pregnant dan selamat melahir kan. Really appreciate,” tulisnya di laman sosial Instagram.

Dalam perkembangan terbaru, Raja Farah berkongsi bayinya mengalami jaundis yang tinggi pada hari kelima kelahiran.

Baca juga: Bayi jaundis bukan ‘demam’ kuning

“Rindunya baby girl mama. Actually baby kena warded since yesterday sebab jaundice tinggi. Mama cry masa nurse ambil awak dari mama semaIam.

“Mama tahu Mama kena kuat..and mama tahu this is normal. Tapi emosi mama tengah berpantang, memang sedih sangat tinggal baby dekat ward,” titip Raja Farah menerusi Insta Story.

Pelakon filem Gol dan Gincu itu dan suami Iskandar Ismail, 40,  diijabkabulkan pada 6 September 2015 dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Imran Iskandar, 6, dan Ilham Iskandar, 3.

JAUNDIS

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir.

Sering dipanggil ‘kuning’, jaundis sering berlaku pada bayi di mana 50 peratus bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama selepas dilahirkan.

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Iklan
Gambar hiasan

Untuk pengetahuan semua, jaundis kepada bayi baru lahir boleh berlaku selepas 48 jam bayi dilahirkan dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran.

Ia terjadi susulan pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

• Fisiologi jaundis

• Patologi jaundis

-Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak yang mana ibu mempunyai Rhesus negatif atau kumpulan darah ‘0‘.

Iklan

-Kekurangan G6PD pada bayi di mana bayi kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5 peratus bayi mengalami masalah ini. Bayi akan diperiksa status G6PD sejurus selepas lahir.

-Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Baca juga: Amalan bahaya turunkan demam kuning bayi. No8 paling ramai yang buat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.