HUBUNGAN pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih lagi berteka-teki.

Syafiq ketika ditanya mengenai perkara berkenaan selepas sidang media Malam Gala Filem Sheriff baru-baru ini, menyatakan mereka masih berkawan baik dan meminta peminat agar mendoakan yang terbaik.

Aktor berusia 31 tahun itu berkata, buat masa sekarang, beliau bukan individu yang sesuai memberikan kata putus mengenai hubungan mereka.

Ulasnya lagi, ketika menunaikan umrah pada penghujung Ramadan lalu selain untuk keluarga, Mimi juga termasuk dalam doanya.

“Apabila ada pengharapan dalam hati ramai, saya harap sulamkan dengan doa.

“Saya pun memang tidak berhenti berdoa semasa di Tanah Suci.

“Teruskan berdoa. Kalau saya yang pegang ‘butang’ makbul itu mesti saya sudah makbulkan, tapi bukan saya yang pegang,” katanya.

Baca juga:Langkah Syafiq Kyle tembusi pasaran antarabangsa

Pada majlis tayangan perdana itu, Mimi turut muncul menyaksikan filem terbaharu lakonan Syafiq bersama Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak turut berkongsi pengalaman beraya di Tanah Suci.

Katanya, beliau mendapat jemputan untuk beribadat di Makkah pada 10 malam terakhir dan menyambut Aidilfitri di Kota Madinah.

“Saya sempat sambut raya selama tiga hari di Madinah sebelum pulang ke tanah air pada Syawal keempat.

Iklan

“Sambutan Aidilfitri lain dengan Malaysia. Duit, salam-salaman raya tiada di sana dan takbir pun berbeza pengalaman baharu,” katanya.

Sebelum itu, Syafiq dan Mimi membatalkan pernikahan mereka saat akhir.

Majlis penikahan dan resepsi perkahwinan pasangan artis iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!