PENGAMBILAN dadah akan memberikan kesan buruk bukan sahaja pada kesihatan mental, malah turut menjejaskan fizikal.

Bayangkan, hanya kerana najis dadah keserian wajah dimiliki sebelum ini pun boleh berubah menjadi cengkung, pucat dan tidak bermaya.

Inilah dialami pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani yang disahkan positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

Tambahan pula semalam tular di media sosial apabila warga maya berkongsi kepingan foto aktres berusia 31 tahun itu yang kelihatan pucat dan cengkung ketika muncul di laman sosial Instagram Stories.

Pelakon watak Bawang Merah yang menyarungkan baju berwarna merah jambu tersebut tampak lesu khususnya pada bahagian mata.

Kebanyakan netizen berpendapat penampilan ‘baharu’ Nia mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Baca juga Polis Jumpa Syabu! Nia Ramadhani, Suami Ditahan Kes Dadah

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus, hasil ujian air kencing dijalankan mendapati Nia dan suaminya, Ardi Bakrie berusia 42 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

Pasangan yang ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat itu turut mengakui mengambil bahan terlarang terbabit sejak lima bulan lalu.

Nia dan Ardi mengaku sudah mengambil dadah sejak lima bulan lalu termasuk pemandu peribadinya.

“Polis juga merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu,” kata Yusri kepada media Indonesia.

Iklan
Nia kelihatan cengkung, pucat dan tidak bermaya.

Baca juga Berkelakuan Aneh Tidak Seperti Biasa, Kanak-Kanak 3 Tahun Positif Dadah Dipercayai Angkara Bapa Tiri

Selain itu, pihak polis turut melakukan ujian menggunakan rambut dan darah bagi mengesahkan keputusan ujian air kencing yang diperoleh.

“Pasti ramai yang bertanya punca pelaku berbuat demikian (ambil syabu). Berdasarkan maklumat awal pasangan ini dikatakan berdepan tekanan kerja yang banyak pada tempoh pandemik Covid-19. Itu alasan klasik.

Iklan

“Bagaimanapun, kami akan terus menyiasat dan menjejak dalang di sebaliknya serta mengenal pasti kemungkinan dia membekalkan kepada artis atau public figure lain,” ujar Yusri.

Semalam, industri hiburan Indonesia digemparkan dengan berita penahanan Nia dan dan suaminya di kediaman mereka di daerah Pondok Pinang, Jakarta Selatan pada jam 3 petang dipercayai berkaitan penyalahgunaan dadah.

Ini termasuklah, menahan pemandu peribadi mereka. Hasil pemeriksaan polis turut menemukan dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

Bahkan, laporan CNN Indonesia mendedahkan bahawa pelakon wanita berkenaan telah membeli syabu pada harga 1.5 juta rupiah (RM430.91).