PELAKON Ayu Raudhah berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak kelima, selepas setahun melahirkan anak keempatnya Februari tahun lalu.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Bagaimanapun isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai usia kandungannya dan hanya meletakkan tanda pagar #yesimpregnantagain (Ya, saya mengandung lagi).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7)

Sementara itu, Zaquan menerusi akaun Instagram miliknya turut berkongsi gambar sama dengan kapsyen : “Mambo number 5” beserta tanda pagar Alhamdulillah rezeki ALLAH dan tekaan untuk anak kelimanya.

Iklan

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian apabila kakak iparnya, Rozita Che Wan meneka anak yang dikandungkan Ayu adalah lelaki, namun Zaquan membalas mengharapkan anak perempuan pula kali ini.

Iklan
Ayu dan Zaquan bersama empat anak mereka. Manakala gambar kiri, harapan gurauan Zaquan bersama kakak iparnya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Hasil perkahwinan selama 9 tahun itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3, dan Muhammad Aisy Al-Khaliq, 21 bulan.