PELAKON Nazia Mustafar meluahkan kekesalannya dengan tindakan sebuah produksi yang memberi tawaran lakonan dengan bayaran terlalu rendah dan disifatkan sebagai melampau.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nazia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 45, mendedahkan tentang tawaran tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan melampau dan tidak masuk akal.

“Shoot telemovie empat hari, 28 scene, nak bayar RM1500. Agak-agaklah.. Ni namanya melampau,” luahnya.

Lebih membuatkan Nazia berasa terkilan apabila wakil produksi terbabit juga menggunakan bahasa kurang sedap didengar dan mencetuskan kemarahan.

“Lain kali bila nak call artis bagi job, kenal pasti siapa artis tu.

“Tolonglah ya… saya tak pernah marah, tapi saya rasa kali ini melampau. Lepas itu bahasa agak kurang ajar. ‘tak nak tak apalah, ramai artis yang nak’. Biadap betul,” kongsi Nazia.

Perdedahan tersebut turut mendapat perhatian beberapa rakan artis yang merasakan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

Bagaimana Nazia dalam perkongsian seterusnya memberitahu dia sudah memaafkan pihak terbabit.

Iklan

“Saya marah sekejap sahaja, tak reti nak marah lama-lama. Saya dah OK dah, back on track. Maaflah saya tak pernah naikkan status marah-marah macam tu, tapi betul-betul sakit hati.

“Fasal bayaran itu, tak adalah menjadi hal sangat, cuma ayat yang dia bagi pada saya itu betul-betul mencabar saya. Saya dah maafkan dia,” katanya.

Iklan

 

(SUMBER: Instagram Nazia Mustafar)