MASYARAKAT negara ini pasti tidak menganggap kisah mistik dan makhluk halus sebagai sesuatu yang pelik.

Bahkan tidak janggal sekiranya kisah-kisah sedemikian diperkatakan dalam kehidupan realiti.

Baru-baru ini heboh diperkatakan gangguan mistik oleh makhluk halus toyol ‘bermaharajalela’ sebuah mukim di Kelantan.

Ia dipercayai menjadi dalang kehilangan wang kertas not RM50 dan RM100 yang telah berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Bukan sekadar cerita mulut ke mulut, kira-kira 70 orang penduduk di Kampung Pulong, Chicha, Kenali dan Pulau Raja, Kubang Kerian mengakui menjadi mangsa kecurian membabitkan makhluk halus berkenaan hingga mencecah ribuan ribu ringgit.

Salah seorang mangsa berputih mata apabila wang sebanyak RM5,000 hilang sejak setahun yang lalu.

Sudarwaty Abdul Rajab, 42, berkata wang miliknya bermula RM50 sehingga RM1,000. kerap hilang.

Dalam kejadian terbaru Jumaat lalu apabila duit RM500 yang diletakkan di dalam dompet didapati hilang.

“Sebelum itu, pada petang Khamis, saya mengeluarkan wang tunai RM1,000 dari bank untuk diberikan kepada ibu bapa, tapi pada petang Jumaat, wang RM500 disedari lesap tanpa kesan,” katanya.

Wanita itu berkata, pelbagai cara dilakukan bagi mengelakkan terus menjadi mangsa, namun semua gagal serta buntu, malah wang milik anak-anak turut hilang.

“Pelbagai cara dilakukan, lipat duit, gumpal dan menyembunyikan di mana-mana tempat tersorok, alih-alih hilang juga.

“Kejadian ini sangat aneh dan sememangnya tidak boleh dibiarkan lagi kami sudah mengalami banyak kerugian dan akan membuat laporan polis berkait perkara ini,” katanya.

Manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Siti berkata dia dan keluarga sudah mengalami kecurian berkenaan sejak 10 tahun lalu.

15 ahli keluarganya yang tinggal di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian mengalami kehilangan wang walaupun ia disimpan di dalam peti sejuk dan sentiasa membawa beg tangannya.

 

“Selain RM50 atau RM100, kepingan wang RM20, RM10, RM5 dan RM1 tidak pula hilang.

“Perkara ini sudah terlalu lama berlaku menyebabkan saya sangat berhati-hati dan sentiasa membawa beg duit ke mana-mana sahaja, namun kejadian hilang duit masih berlaku,” ujarnya.

Kehadiran toyol  menimbulkan huru hara termasuk salah faham di kalangan ahli keluarga.

“Saya ada tiga anak-anak lelaki berusia 10 tahun hingga 17 tahun. Kejadian hilang duit ini membabitkan tujuh ahli keluarga saya yang tinggal berasingan termasuk duit ibu dan arwah bapa, adik-beradik dan ipar.

“Saya mula-mula marah pada anak-anak kerana menyangkakan mereka yang mencuri tetapi apabila berlaku kepada orang lain sehingga 15 keluarga di satu kampung, barulah kami sedar yang kejadian ini sangat ganjil,” kata Siti.

Iklan

Siti turut menceritakan anak saudara perempuannya yang berusia 28 tahun turut menjadi mangsa apabila wang tunai RM1,000 yang disimpan untuk majlis akikah anak sulungnya pada Aidiladha tahun lalu lepas.

Katanya, dia menyimpan duit berkenaan dengan cara menindih dengan batu bata bagi mengelakkan dicuri atau diketahui orang.

“Semasa nak ambil duit tersebut, saya didapati sudah hilang dan memang terkejut dan sedih,” katanya.

Siti berkata, dia pernah meminta bantuan seorang ustaz pada awal tahun ini dan sejak itu kejadian wang hilang sudah tidak berlaku di rumah keluarganya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Saya nasihatkan mangsa-mangsa yang terlibat untuk membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat dilakukan,” katanya.

Iklan

Baca juga:  Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Toyol juga merujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit.

Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang. Mengikut Kamus Dewan definisi toyol adalah sejenis hantu yang suka mengganggu orang.

Penggunaan toyol adalah kaedah ghaib bagi mendapatkan wang adalah jauh menyimpang daripada ajaran agama Islam. Malah perbuatan memelihara toyol adalah haram dan berdosa di sisi Islam.

Baca juga:  “Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

BAca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Sinar Harian