Hadiah hantaran gol, Safawi sahkan Syifa hamil 6 bulan, sambut cahaya mata sulung tak lama lagi
PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid mendedahkan bakal bergelar bapa selepas mengesahkan berita kehamilan isterinya, Syifa Melvin sudah mencecah enam bulan.
Mendirikan rumah tangga pada November 2022, pendedahan Safawi itu sekali gus menjawab teka-teki warganet yang membuat spekulasi selepas melihat perubahan fizikal Syifa yang seakan berbadan dua.
Segalanya bermula apabila pemain berusia 26 tahun itu meraikan gol ketika menentang Kepulauan Solomon.
Baca juga: Selamat disatukan, Syifa Melvin kini milik Safawi Rasid
Aksi spontan memasukkan bola ke dalam baju selepas menjaringkan gol pada minit ke-77 simbolik kepada isterinya yang sedang hamil.
Safawi mendedahkan berita gembira kepada media dalam sesi temuramah selesai perlawanan Malaysia
Malah menurutnya hantaran gol ketiga skuad Harimau Malaya dalam perlawanan itu hadiah buat suri hati.
Baca juga: 10 tanda awal kehamilan yang biasa dan jarang berlaku, ibu muda wajib ambil tahu
“Iya betul dia sedang mengandung. Gol tadi adalah hadiah untuk isteri saya.
“Doakan semoga semuanya selamat. Usia kandungan sudah enam bulan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Safawi atau nama penuhnya Muhammad Safawi Rasid juga memohon orang ramai agar mendoakan beliau dan isteri serta cahaya mata yang bakal lahir.
Baca juga:“I akan jaga family you seperti yang dijanjikan” - Syifa Melvin
PERKEMBANGAN KEHAMILAN ENAM BULAN
1-Kulit bayi ketika ini berwarna kemerah-merahan, berkedut dan uratnya jelas kelihatan melalui kulit yang seakan lut sinar.
2-Kelopak matanya mula berbelah dan anda mungkin melihat pergerakan yang teratur dan tersentak.
3-Bayi bertindak balas kepada bunyi dengan bergerak peningkatan denyutan nadi.
4-Pergerakannya semakin kerap dan kuat. Si kecil sudah boleh menyentuh telinga dan tali pusat. Pendengarannya semakin baik dan boleh mendengar degupan jantung dan pernafasan anda.
5-Pada minggu ke-24, paru-parunya berkembang sepenuhnya tetapi masih belum boleh berfungsi di luar rahim.
6-Menjelang akhir bulan keenam, panjang si kecil mencecah kira-kira 12 inci panjang manakala berat 900 gram.
Baca juga:
Sumber: Astro Gempak, Cleveland Clinic
Kreditfoto utama: Instagram Syifa Melvin, FAM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang