HEBAT! Daripada rumah yang dihina seperti kandang kambing, akhirnya wanita cantik berusia 27 tahun berjaya mentransisikan mahligainya menjadi banglo impian.

Usaha keras Anita Hasan atau mesra dipanggil Eyta yang berjualan aksesori wanita itu berjaya merealisasikan sebuah kediaman bernilai RM300,000.

Perkongsian menerusi akaun TikTok dengan lebih 722,700 jumlah tontonan itu membuatkan ramai netizen kagum dengan kesungguhan Eyta membina angan-angan menjadi realiti.

Dalam video pendek berdurasi sembilan saat itu, wanita tersebut turut menitipkan kata-kata yang cukup mendalam.

dihina kandang kambing

“Ditinggalkan kerana ibunya tidak restu. Dihina rumah macam kandang kambing, bukan dendam cuma terkilan.

“Patah hati, menangis berbulan-bulan dan kemudiannya saya bangkit. Akhirnya tahun 2022 dapat duduk rumah sendiri. Buktikan bukan nak tumpang kekayaan makcik,” kongsinya.

Baca juga Kanak-kanak tinggal rumah usang separuh roboh, dihina hidup susah, Ebit bantu bina baru

Ketika dihubungi baru-baru ini, Eyta memberitahu, usaha mengumpulkan duit selama dua tahun lamanya adalah melalui hasil jualan tudung sahaja.

“Saya aktif buat live jualan tudung masa Perintah Kawalan Pergerakan sebab target nak siapkan rumah di atas tanah sendiri dalam tempoh dua tahun. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.

dihina kandang kambing

“Pada masa sama, saya berjimat dan tahan diri daripada shopping barang kegemaran demi menyiapkan rumah. Bukan senang sebenarnya tapi usaha keras dan tidak putus asa memungkinkan segalanya,” ceritanya.

Baca juga Manusia tiada hak untuk menghina orang lain kerana kita semua adalah ciptaan ALLAH SWT, ini nasihat agamawan…

Tidak mahu berpaling ke belakang lagi, Eyta terus berusaha untuk memajukan diri dengan perniagaan yang sedang diusahakan.

“Hinaan buat saya lagi bersemangat nak berjaya sebagai bukti saya bukan bergantung kepada ihsan orang. Saya juga mendoakan mereka yang senasib supaya bangkit.

dihina kandang kambing

“Semoga doa-doa yang dikongsikan di TikTok berbalik kepada kalian semua. Percayalah rezeki ALLAH tidak pernah salah alamat dan berusahalah sehingga berjaya,” katanya yang juga memiliki kedai mini menjual tudung.

Perkongsian tersebut juga menarik perhatian ramai apabila mereka menyifatkan hinaan tersebut sebagai pembakar semangat.

Berikut antara kata-kata warga maya:

Iklan

dihina kandang kambing

“Hinaan orang itu sebenarnya yang merubah hidup kita sebab kita boleh kuat, kita semangat mencapai apa yang kita mahu. Jangan merasa marah kalau kita dihina.” – @Cheta81

dihina kandang kambing

“Nasib kita sama sis, sekarang tengah rancang nak buat rumah sendiri, nak buktikan yang kita tak hadap pun duit lelaki.” – @1sn7

dihina kandang kambing

“Gitulah minda orang kita. Padahal aku malu dengan Nabi dan sahabat. Mereka yang lebih layak cuma huni rumah kecil kerana ini semua tak penting di dunia.” – @sharethesamebraincell

Iklan

dihina kandang kambing

“Syukur alhamdulillah. Jangan hina orang sebab rezeki dia kita tak tahu. Tengok contoh adik ini, dihina sebab rumah dia dulu, sekarang rezeki dapat duduk rumah lebih baik.” – @akashi74

Betullah orang kata, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, apa yang diimpikan boleh menjadi kenyataan.

Moga kesungguhan Eyta memberikan inspirasi buat wanita di luar sana supaya lebih kuat semangat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi