JODOH pertemuan di tangan ALLAH, malah tetap ditetapkan sejak di luh mahfuz. Demikian yang takdir yang tertulis buat pasangan Mohd Nazri Mohd Zin dan Norazlina Zakaria yang cukup indah.

Cinta berputik saat kesihatan diuji, kini kedua-duanya sudah selamat bergelar suami isteri. Uniknya, masing-masing meruapakan pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang dan memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) ketika pertama kali bertemu.

Baru-baru ini pasangan ini tular di laman sosial. Kecekalan Norazlina menjaga Mohd Nazri yang terlantar susulan cedera saraf tunjang (tetraplegia) menyentuh hati warga maya.

Biarpun beliau sendiri mengalami kecederaan, wanita berusia 42 tahun itu kuat mengangkat suami dari katil untuk diletakkan di atas kerusi roda.

Baca juga: ‘Suamiku syurgaku.’ Ini kisah Junainah, wanita tabah kendong suami turun naik tangga rumah 4 tingkat

Baca juga: Kasih isteri, tak mahu dibawa arus banjir, wanita tarik mayat suami sendirian sejauh 200 meter

“Saya dan suami dilahirkan normal dan sama-sama mengalami kecederaan saraf tunjang disebabkan oleh kemalangan.

“Suami terjatuh bangunan ketika bekerja memasang pendingin hawa pada tahun 2014 di Kuala Selangor manakala saya pula terlibat kemalangan jalan raya pada tahun 2007,” tutur Norazlina.

Selepas dua tahun berupaya berjalan semula, Norazlina menubuhkan kumpulan sokongan pemulihan iaitu Support Group Rehab Sungai Buloh.

“Saya adalah ketua kumpulan tersebut da tugas saya adalah memberikan sokongan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang untuk kembali bangkit.

“Saya telah datang menziarahi rumahnya dan melihat keadaan Mohd Nazri. Sebagai pesakit lumpuh seluruh badan, mereka memerlukan penjagaan yang khusus.

Baca juga: ‘;Azan anak melalui video.’ Askar tinggalkan isteri hamil 7 bulan, bertemu selepas bayi setahun undang sebak!

Baca juga: Setia bertahun jaga suami sakit terlantar hingga boleh berjalan, wanita sebak hari perpisahan

“Ada orang jaga kerana mereka tidak mampu untuk bangun sendiri dan menggerakkan badan.

“Ketika itu saya rasa sangat kasihan. Saya bertanya tentang kewangan, memang beliau mengalami masalah dan hanya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja,” katanya.

Norazlina yang tulus membantu Mohd Nazri menjalani fisioterapi. Katanya selepas dua minggu ALLAH menjentik hati agar menghalalkan hubungan.

“Saya datang dan melamarnya dan mengatakan: Saya nak jaga awak dalam keadaan halal.

“Kerana saya rasa dalam keadaan begitu , beliau memerlukan seseorang yang lebih dekat dan sentiasa ada dengannya.

“Suami seorang yang positif manakala saya ketika itu agak negatif. Saya perlukan orang begini untuk terus bersemangat,” luahnya.

Baca juga: Hilang penglihatan selepas kemalangan, kisah kecekalan & sikap positif Mashy tular, buat ramai muhasabah diri

Baca juga: Ditinggalkan suami akibat penyakit kanser, Marni Azjuwita seorang diri besarkan 3 anaknya

Malah selepas hampir setahun berkahwin, wanita itu membantu Mohd Nazri melakukan fisioterapi di sebuah pusat rehabilitasi di Melaka hingga mampu berdiri sendiri, memegang objek dan menolak kerusi roda.

Dikurniakan pasangan hidup selepas lebih dua tahun terlantar, Mohd Nazri menyatakan rasa syukur dikurniakan teman hidup.

“Isteri telah datang ke rumah untuk melawat memandangkan saya tidak meneruskan rawatan. Dan disitulah kami bertemu.

“Bagi saya, kami sama-sama bantu antara satu sama lain. Semangatnya itu saya tahu kuat dan banyak lagi,” ujar Nazri dalam sebak.

Dedah Norazlina suaminya itu pernah berdoa ketika terlantar, sekiranya dipertemukan jodoh lelaki itu akan menerima.

Namun, ketika itu jodoh sudah berada di hadapan mata, lamaran Norazlina buat kali pertama ditolak Mohd Nazri kerana memikirkan ketidakmampuannya untuk menyara keluarga mereka.

Iklan

“Suami saya tidak menerima lamaran kali pertama ketika itu kerana beliau fikir tidak mampu untuk menyara keluarga kerana hanya menerima bantuan dari JKM sebanyak RM300.

“Namun saya meyakinkannya bahawa saya tidak inginkan apa-apa kecuali beliau di sisi memberi sokongan dan sama-sama bangkit membuktikan pesakit kecederaan saraf tunjang mampu meneruskan hidup dengan adanya kasih sayang serta sokongan,” kata Norazlina.

Lapan tahun menganyam cinta selepas nikah, wanita itu reda diuji. Namun sikap Mohd Nazri yang sentiasa positif dan bersangka baik membantu meredakan kegelisahan.

Malah, dengan kehadiran lelaki itu menjadikan hidup Norazlina lengkap dan menjadikan dirinya bertanggungjawab kepada diri dan masyarakat melalui penubuhan rumah penjagaan OKU.

“Apa yang saya buat kini untuk suami dan semua orang bukan kerana mereka, tetapi diri saya. Tanggungjawab membuatkan saya menjadi kuat untuk bangkit dan hidup.

“Saya bukan sahaja menghadapi masalah fizikal, tetapi juga kemurungan dan panic attack disebabkan terlalu lama menanggung sakit. Namun, saya merawat diri dengan mewujudkan tanggungjawab dengan memberikan kebaikan kepada semua.

“Saya bukan sahaja menjaga suami. Sebenarnya kami telah menubuhkan Rumah Harapan Nur Aafiyah dengan suami adalah pengasasnya.

“Alhamdulillah sudah ramai family Aafiyah di luar sana yang telah dibantu dan berjaya dengan cara mereka sendiri,” ujar Norazlina.

Iklan

Warga maya rata-rata menitipkan doa agar jodoh pasangan berpanjangan, dikurnia kesembuhan dan sentiasa tabah menempuhi cabaran hidup. Ujar mereka:

– “Seorang wanita yang hebat, kuat dan tabah. Saya cuma mampu doakan semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga.”

– “Wanita yang kuat, moga jodoh kalian berpanjangan.”

– “Terus kuat Puan Azlina, doa kami tidak putus buat kalian.”

– “Jodoh rahsia ALLAH, moga berkekalan hingga ke akhir hayat.”

Sumber: YouTube Malaysia Hari Ini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!