Jambatan diangkat, Nur Hafizah belum ditemui, tudung terakhir pengubat rindu kakak

A
A
A

INSIDEN jambatan gantung tenggelam ketika banjir di Kampung Aur, Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin, Pahang lalu yang mengakibatkan Nur Hafizah Zailan, 23, dihanyutkan arus.

19 hari berlalu, usaha mencari Nur Hafizah masih diteruskan oleh pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Baru-baru ini struktur jambatan gantung yang tenggelam ke sungai telah diangkat bagi memudahkan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Baca juga: 'Baliklah Kak Ngah Pijah, abah tunggu'. 5 hari adik hilang dihanyutkan arus, kakak tak putus berdoa

Kakak sulung Nur Hafizah, Nur Wahida Zailan, 25, yang sentiasa berkongsi perkembangan semasa usaha mencari terpaksa berdepan kenyataan adiknya masih tidak dapat dikesan.

Tudung dan selipar Nur Hafizah ditemukan dalam operasi baru-baru ini. Kini kerudung menyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli itu menjadi pengubat rindu.

"Rindu, sudah hari ke-17.Jambatan semua dah diangkat 100 peratus tapi Kak Ngah tak ada. Yang jumpa tudung dan selipar. Tudung je dapat ambil," katanya.

Tudung sarung instant rona merah bata yang dipakai Nur Hafizah pada hari kejadian dijumpai tersangkut pada jambatan.

"Tudung terakhir kau pakai Kak Ngah. Tudung inilah yang tersangkut dekat jambatan tu.

"Kakak jaga elok-elok tudung Kak Ngah walaupun ada lubang sikit-sikit. Tudung ni pengubat rindu kakak," kongsi Nur Wahida.

Kedatangan bulan Ramadan beberapa hari lagi menambah rawan di hati kakak. Anak sulung daripada tiga adik beradik itu sebolehnya mahu Nur Hafizah pulang sebelum itu.

Baca juga: Kronologi wanita terperangkap banjir, siap sedia paut dahan kelapa sawit, lakukan 10 perkara ini jika terjadi

Kredit foto: Evanoza D Sini

Menerusi hantaran di laman sosial, Nur Wahida meluahkan harapan buat adik tersayang selepas lebih dua minggu keberadaannya tidak dapat dijejaki.

"Kak Ngah masih tak dijumpai lagi. Esok hari ke-19. Berharap sangat sebelum Ramadhan ini Kak Ngah balik. Kami tiap hari menunggu kepulangan kau Kak Ngah," katanya.

Baru-baru ini aktivis masyarakat, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva hadir membantu dalam operasi SAR bersama agensi penyelamat dan NGO.

Baca juga: Berani, prihatin! Pantas sambar sampan selamat kanak-kanak hampir lemas, 10 info Muhammad Zulfikal

Kredit foto: Evanoza D Sini

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Warganet menitipkan doa agar guru al-Quran itu ditemui segera dan keluarganya dikurniakan ketabahan.

- "Saban hari saya follow news Nur Hafizah Zailan. Saya tak kenal dia, tapi saya pasti dia insan mulia. Semoga ALLAH permudah segala urusan. Balik ya dik."

- "Tak boleh bayangkan jika berlaku kepada darah daging sendiri. Moga dipermudahkan."

- "Semoga ALLAH permudahkan urusan. Semoga ALLAH beri petunjuk."

- "ALLAHU. Mangsa mesti orangnya baik sangat sampai Saya di Singapura terasa sedih pedihnya. Ya ALLAH permudahkanlah urusan hambamu ini."

Baca juga: Unsung hero, Suzaini jadi inspirasi sanggup terjun tasik selamat 3 nyawa mangsa kemalangan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca