HIDUP Siti Kalsom Harunarshid, 35, tidak mudah. Tiga permata hatinya diuji dengan penyakit paru-paru kronik sejak kecil.

Siti Nur Auni Atilia Mohamad Khairul Amri, 13; Fitri Akimi, 8; dan Fitri Aieril, 6; mungkin terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat.

Masalah Fitri Akimi atau Akimi dan Fitri Aieril (Aieril) lebih rumit apabila turut menderita kanser darah.

Cerita Siti Kalsom, ketiga-tiga anaknya pernah melalui detik yang mencemaskan dirinya.

siti kalsom

Siti Nur Auni Atilia yang merupakan anak kedua dipanggil sebagai Manja, pernah mengalami penurunan oksigen mendadak pada usia tiga bulan.

Akimi juga mengalami nasib sama dengan kakaknya. Namun, dengan izin-NYA, si kecil itu selamat selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.

 

“Selepas itu, dia berdepan banyak masalah kesihatan. Sekarang ini, berat badan Akimi semakin menyusut. Dia kerap mengadu sakit sendi pada kaki dan keletihan,” katanya yang menetap di Taman Mesra Ria 1, Jalan Jeniang, Gurun, Kedah.

Kisah Aieril lebih menyentap perasaan. Ketika itu, wanita tersebut tidak sedar dirinya hamil.

siti kalsom

“Ia hanya diketahui selepas saya buat pemeriksaan lanjut apendiks dan cyst. Doktor kesan saya mengandung.

“Aieril terpaksa dilahirkan lebih awal kerana air ketuban saya pecah pada usia kandungan lapan bulan.

siti kalsom

“Pada masa itu, dia tak mampu bergerak walau mengangkat tangan sekalipun,” katanya sambil memberitahu Aieril juga kerap dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada pundi kencing.

Baca juga Anak sakit saraf, ibu bergantung dengan satu buah pinggang. Dua beranak ini perlukan bantuan kita

Rawatan demi rawatan dilakukan, akhirnya diagnosis sah menunjukkan kanak-kanak berkenaan menghidap penyakit paru-paru kronik termasuk kanser darah yang memerlukannya dirujuk ke hospital swasta.

siti kalsom

“Namun, kanser darah jenis apa masih tidak diketahui. Ini kerana saya berdepan isu kewangan untuk membuat ujian genetik yang mencecah ribuan ringgit.

“Saya berdoa agar memperoleh wang yang mencukupi untuk lakukannya kerana ia penting proses rawatan Aieril seterusnya,” kata beliau yang sudah mengalir mata.

Terpaksa pinjam duit

Ditanya tentang Manja dan Akimi, suri rumah itu memberitahu, proses rawatan masih diteruskan di hospital setiap tiga bulan sekali.

“Keadaan Manja setakat ini masih okey, cuma dia masih bergantung dengan tiga jenis pam (inhaler) setiap hari. Manja tak boleh penat sangat nanti mulalah dia terbaring.

siti kalsom

“Apa yang buat saya susah hati, Akimi sekarang ini kerap sesak nafas. Dia juga susah nak ke sekolah seperti selalu kerana bergantung kepada empat jenis inhaler dan satu nebulizer,” kata ibu enam anak itu.

Baca juga Sel kanser melekat pada saraf tunjang semakin membesar, gadis cekal ini terus terlantar 

Kalau mahu dikira, Siti Kalsom dan suaminya memerlukan lebih kurang RM4,000 untuk menampung kos perubatan tiga anak mereka yang tidak sihat.

Iklan

siti kalsom

Untuk Aieril sahaja, si kecil itu memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 untuk ubat-ubatan, dua susu khas, lampin pakai buang termasuk kos perjalanan ke Hospital Sungai Petani setiap minggu.

“Ya, saya dapat bantuan kerajaan, tapi memang tak cukup. Kadang-kadang saya terpaksa tebalkan muka untuk pinjam duit demi membawa dia ke hospital bila dia tiba-tiba demam atau lemah,” luahnya.

siti kalsom

Jika ada duit lebih sekalipun, semua wang akan dibelanjakan untuk keperluan perubatan Aieril terlebih dahulu kerana kondisi anak kelima daripada enam beradik lebih mendesak, kata Siti Kalsom.

“Terputus bekalan makanan sebenarnya satu perkara biasa buat kami. Paling penting, susu Aieril cukup. Alhamdulillah, anak-anak lain faham dan kalau mereka makan nasi goreng kosong untuk seminggu pun, mereka tak merungut.

“Pernah anak-anak mengidam nak makan sedap-sedap bila tengok iklan dekat TV, tapi bila saya beritahu kita kena dahulukan Aieril, mereka akur walau saya tahu mereka sedih,” katanya yang turut membantu suami menjual kek.

siti kalsom

Perbualan yang memakan masa lebih kurang 45 minit turut membuka satu lagi kisah sedih.

Wanita tabah itu rupa-rupanya menjaga ibu berusia 61 tahun yang menderita ketumbuhan dalam otak.

“Ibu saya sudah jalani pembedahan sebelum ini, tapi sel akar (ketumbuhan) tumbuh semula. Kami buntu dan tak tahu apa nak buat lagi. Ibu kini hanya duduk dan tak larat untuk buat apa-apa,” beritahunya yang sudah tidak mampu melakukan kerja berat.

siti kalsom

Iklan

Siti Kalsom yang menderita asma, sakit saraf dan slipped disc itu berkata, fikirannya tidak tentu arah memikir babak kehidupannya.

Baca juga Boleh pergi pada bila-bila masa, kanser otak adik Nur Umairah kini pada tahap akhir

Masakan tidak, pendapatan suami, Mohamad Khairul Amri Ishak, 41, yang mengambil upah membersihkan rumput sememangnya tidak mampu menanggung perbelanjaan rawatan tiga anak.

siti kalsom

Justeru, kepada orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga wanita itu, saluran bantuan boleh disumbangkan terus ke akaun Bank Islam Berhad 02084020588395 atas nama Siti Kalsom Binti Harunarshid.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang