BISKUT marie selain sedap dimakan begitu sahaja, banyak lagi cara lain boleh dibuat untuk mempelbagaikan cara menikmatinya. Ini antara tiga resipi dengan menggunakan biskut marie yang anda boleh cuba di rumah. Murah dan mudah sahaja.

Puding coklat biskut marie

Sumber: NhunuUnnukitchen

Bahan-bahan:
200 gram biskut marie
10 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
3 sudu butter
6 sudu serbuk koko
8 sudu milo

Cara-caranya:
Gaul susu cair, telur, susu pekat dan tepung kastard sehingga larut dan sebati kemudian bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas dan masak serbuk agar-agar dengan 2 cawan air sehingga larut dan sebati.

Kemudian masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi ke dalalm periuk yang dah sudah dimasak agar-agarnya. Masukkan bancuhan serbuk milo tadi serta butter dan kacau sehingga pekat dengan menggunakkan api yang sederhana.

Garis loyang dengan minyak kemudian tuang adunan puding nipis je dan susun biskut marie. Tuang adunan kedua untuk tutup biskut marie tadi dan ulang sampai adunan puding habis. Sejukkan dalam peti ais dan baru potong.

Brownies biskut marie

Sumber: resipicitarasawan

Bahan-bahan:
200 gram mentega
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu kecil esen vanila
200 gram biskut marie (patahkan)
1 cawan tepung gandum
3 biji telur (kocok ringan)
Kerta minyak

Toping ganache:
250 gram milk chocolate
50 gram dark chocolate
250 ml dairy whipping cream

Langkah-langkahnya:

Cairkan mentega kemudian masukkan sebuk koko, milo, esen vanila, air dan susu pekat dan kacau sehingga larut dan licin dengan menggunakkan api yang kecil. Angkat daripada api dan masukkan telur sedikit demi sedikit.

Setelah sebati masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan biskut marie dan ratakan di dalam loyang kemudian bakar pada suhu 160 celcius selamat 15 minit dan sejukkan dahulu.

Untuk brownies ni, panaskan whipping cream dan masukkan coklat yang telah dipotong kecil kemudian kacau coklat hingga cair dan tuang ke atas brownies. Sejukkan brownies tersebut dan potong apabila nak makan

Iklan

Kek Batik Hijau Rasa Berkrim Horlicks

Sumber: rasa.my

Bahan-bahan:

4 Biji Telur
125 gram unsalted butter
2 cawan horlicks
3/4 susu pekat
1/2 cawan tepung gandum
esen vanila
pewarna hijau
1 paket biskut marie

Iklan

Langkah-langkahnya:
Cairkan butter dalam kuali dan bila sudah cair , masukkan susu pekat dan gaul sehingga sebati. Pastikan menggunakan api yang sederhana semasa melakukan langkah ini.

Kemudian masukkan tepung gandum dan horlicks ke dalam kuali. Gaul sebati dan pastikan tidak berketul. Masukkan telur satu persatu ke dalam kuali sambil kacau supaya telur tidak masak.

Masukkan esen vanila dan pewarna hijau dan gaul sehingga sebati. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan ke dalam kuali tadi dan gaul sehingga semua biskut bersalut.

Masukkan ke dalam bekas/loyang yang telah lapik kertas minyak dah sejukkan.

PENULIS: FATIN SYAZWANI MOHD HANIF