SEMALAM, dunia Bollywood dikejutkan dengan pemergian aktor terkenal Irrfan Khan yang meninggal disebabkan kanser pada usia 53 tahun.

Irrfan Khan memulakan karier di dunia perfileman sejak tahun 1988.

Selama hayatnya, Irrfan telah membintangi pelbagai filem dan merangkul pelbagai anugerah antaranya pada tahun 2014, Irrfan Khan memenangi anugerah Aktor Terbaik Asia.

Selain mencipta nama di India, Irrfan juga popular di Hollywood. Dia juga pernah membintangi filem bersama aktor terkenal Hollywood seperti Chris Pratt dan Tom Hanks.

Jom kita ikuti lima filem lakonannya.

agrezium medium

Angrezi Medium

Film Angrezi Medium berdurasi 2 jam 25 minit telah ditayangkan pada 13 March 2020 di India. Berunsur lawak komedi yang menambat hati penonton.
Dalam film ini Irrfan Khan memegang watak sebagai Champak Bansal yang merupakan seorang usahawan kecil dan seorang ayah. Champak berusaha sedaya upaya untuk memenuhi impian puterinya yang ingin meneruskan pembelajaran di London tetapi dalam usahanya terdapat pelbagai rintangan yang membuatkan hubungan dengan anaknya menjadi keruh.
Aktor dan aktres lain yang membintangi film ini ada Radhika Madan, Kareena Kapoor, dan Deepak Dobriyal.

hindi

Hindi Medium

Film bergenre komedi drama ini ditayang pertama kali di pawagan India pada bulan Mei 2017.
Filem yang dibintangi oleh Irrfan Khan berhasil menembusi box office dan merangkul beberapa penghargaan seperti IIFA Award for Best Actor.
Dalam filem ini Irrfan memegang watak sebagai Raj Batra. Diantara bintang lain yang terlibat dalam seperti Saba Qamar, Deepak Dobriyal, Sidhita Sehgal dan Amrita Singh.
Raj Batra dan Mita bercita-cita untuk menyekolahkan putrinya, Pia di sekolah menengah berbahasa Inggeris di Delhi. Raj beranggapan sekolah tersebut menjadi jalan untuk mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat elit. Raj melakukan pelbagai cara agar anaknya di terima di sekolah tersebut malangnya, Pia ttidak diterima di sekolah menegah bahasa Inggeris itu.
Tidak mudah menyerah, Raj membawa keluarganya untuk pindah di luar bandar agar anaknya bisa diterima di sekolah top di sana tetapi tidak membuahkan hasil. Kemudian dia membawa keluarganya berpindah dan menyamar menjadi keluarga msikin supaya anaknya dapat diterima di sekolah top dengan biasiswa.
Adakah rancangan terakhir ini berhasil? Anda patut tonton sendiri!

jurassic world

Jurassic World

Iklan

Filem ini ditayang pawagam pada bulan Jun 2015. Dalam filem ini Irrfan Khan berlakon bersama dengan aktor Hollywood seperti Chris Pratt, Bryce Dallas, dan Nick Robinson.
Dalam filem ini Irrfan Khan berperanan sebagai Simon Masrani, pemilik Jurassic Park.
Jurassic Park kembali dibuka untuk orang awam dan mempamerkan haiwan-haiwan purba serta orang awam dapat menjelajah di dunia Jurassic Park.

the lunch box

The Lunch Box

Filem ini pertama kali tayang di Rusia pada bulan Mei 2013 lalu. Dalam filem ini Irrfan Khan memegang watak sebagai Saajan Fernandes.
Ila seorang isteri cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan suaminya. Ila memasak dan mengirimkan ‘lunch box’ melalui penghantaran terkenal di kota Mumbai.
Tetapi ‘lunch box’ tersebut sampai ke tangan Saajan Fernandes, duda yang akan pencen sebagai seorang akauntan.
Daripada kejadian itu, Ila dan Saajan mulai menjalinkan persabahatan meskipun mereka tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Ila berkongsi cerita kepada Saajan melalui surat yang dimasukkan ke dalam ‘lunch box’. Ila bercadang untuk meninggalkan Mumbai dan bertemu dengan Saajan.
Adakah pertemuan itu berhasil dan mereka tetap menjadi kawan baik?

Iklan

the life of pi

Life of Pi

Filem ini ditayang pada November 2012. Dalam filem ini Irrfan Khan memegang watak sebagai Pi Patel yang sudah dewasa. Filem ini berkisah tentang perjuangan Pi Patel bertahan hidup di tengah lautan berseorangan setelah di kapalnya dib badai ombak. Jadi bermulahlah kisah Pi Patel berjuang untuk terus hidup.

Sumber: Linetoday
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif