DILANCARKAN sekitar lewat tahun 1980-an, permainan video Final Fantasy telah mendapat perhatian ramai.

Meskipun sudah berpuluh-puluh tahun, jenama tersebut tetap mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Kelebihan itu sudah tentu membuatkan pengikutnya tentu tidak sabar dengan pakaian Uniqlo menerusi koleksi Ulang Tahun Final Fantasy UTs (Uniqlo T-shirts).

 

Baca juga: Kekaboo tawar lebih 10 rekaan baharu dengan 40 pilihan warna termasuk padanan ibu dan anak

Baca juga: Furby Sugar jenama lokal raih perhatian antarabangsa bukan sekadar busana banyak lagi item yang dihasilkan

 

Pelbagai rekaan menarik yang menyerlahkan budaya pop dan seni grafik sekali gus menyerlahkan keperibadian pemakai.

Kali ini, terdapat 16 pilihan rekaan grafik menarik termasuk Final Fantasy XVI yang akan datang.

Menariknya lagi, koleksi tersebut merupakan kerjasama pertama UTs dengan Final Fantasy yang tentunya akan mengimbau semula memori peminat kepada karakter dan sedutan babak pertarungan yang memang susah nak dilupakan. Kepada mereka yang tahu, tahulah…

Siri permainan tersebut juga telah menerima pengiktirafan Guinness World Records pada tahun 2017.

Tentu peminat semakin tidak sabar dan menantikan kemunculan Final Fantasy XVI.

Iklan

UNIQLO x PEANUTS

Tidak hanya itu, jenama pakaian tersebut turut menjalinkan kerjasama dengan kartun Peanuts termasuk 11 pemenang rekaan dalam pertandingan UT Grand Prix 2022.

Acara tersebut diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-100 kelahiran kartunis, Charles M. Schulz dan telah berlangsung di Muzium Snoopy Tokyo, Jepun pada awal April lalu.

Iklan

Kemeja-T dengan corak grafik berkenaan bukan sahaja mengimbau semula memori kartun tersebut, tetapi ia turut mood ceria dan comel buat si pemakai.

Apa kata kita lihat variasi pilihan kemeja-T Uniqlo ini. Siapa tahu mungkin sesuai untuk dijadikan koleksi dalam almari anda.

Uniqlo Peanuts
Uniqlo Peanuts
Uniqlo Final Fantasy
Uniqlo Final Fantasy

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI