BERSAMA Dr Muhammad Che Hafiz Che Baharum
Doktor Perubatan dan Estetik Klinik Regalion

(Beliau diundang menjadi panel dalam program DNA yang membicarakan topik Putih dan Tiada Jerawat, Jawapan Kulit Sihat? baru-baru ini)

SOALAN 1

DOKTOR, setiap orang mengimpikan kulit yang menawan, mulus dan bersinar. Jadi, bolehkah doktor kongsikan maksud ciri-ciri kulit yang sihat dan cantik? Adakah ia berlandaskan kepada indikator cerah semata-mata?

JAWAPAN:

Secara umumnya, kulit yang cerah menjadi satu idaman ramai orang terutamanya dalam kalangan kaum wanita. Namun, jika disebut memiliki kulit putih menunjukkan seseorang cantik dan sihat, ia hanyalah tanggapan semata-mata.

Kulit putih

Sebenarnya, kriteria untuk melihat sama ada kulit itu sihat ataupun sebaliknya bukan sekadar cerah sahaja.

Sebaliknya, indikator lain yang dirujuk dan perlu diambil kira adalah memiliki warna kulit yang mempunyai tona sekata (konsisten), permukaan kulit yang tidak kasar dan bebas daripada jerawat serta jeragat.

Selain itu, kulit yang sempurna juga perlu memenuhi ciri elastik yang baik atau dalam erti kata lain, sentiasa anjal.

Ingat, kulit yang sihat akan mempengaruhi faktor keselesaan individu itu (tidak gatal) dan sentiasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

Secara ringkasnya, pecahan kulit boleh dikategorikan kepada lima iaitu:

  1. Kulit yang normal
  2. Kulit berminyak
  3. Kulit kering
  4. Kulit sensitif
  5. Kulit kombinasi

Justeru, setiap individu perlu tahu jenis kulit yang dimiliki mereka agar dapat menjaganya dengan teratur, sistematik, rapi dan tertib terutamanya dalam aspek pemilihan produk-produk penjagaan wajah.

Baca juga Kenali 3 petanda kulit wajah sensitif, elak pilih salah produk

Seperkara yang ingin saya tekankan, tidak cukup tidur, mengambil makanan tinggi yang tinggi gula sebenarnya adalah salah satu punca jerawat mudah ‘membanjiri’ wajah seseorang.

Jangan panik, elak picit jerawat secara drastik 

Kulit putih

SOALAN 2

RAMAI yang menganggap wajah yang cerah tanpa sebarang jerawat adalah kayu ukur kepada kulit yang sihat. Adakah pernyataan itu benar? Mohon doktor beri pencerahan.

Iklan

JAWAPAN:

SEBENARNYA, jerawat yang tumbuh pada kulit dialami oleh semua orang dan ia merupakan satu perkara normal.

Terdapat beberapa keadaan yang akan menyebabkan permasalahan itu muncul.

Namun, ia dapat dibezakan sama ada kondisi jerawat yang tumbuh itu berada dalam kategori teruk atau tidak.

Apa tindakan yang perlu dilakukan jika bintik-bintik jerawat secara tiba-tiba muncul? Pertama sekali, jangan panik dan sebaik-baiknya jangan memicitnya terus.

Tindakan itu hanya akan membuatkan jerawat menjadi lebih teruk. Dalam sesetengah keadaan, perilaku terbabit juga boleh menjadi punca kepada masalah muka breakout.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Jadi, nasihat saya, mudah. Kepada yang berdepan situasi itu (jerawat timbul), segera ambil ubat jerawat dan disapu dalam kuantiti yang bersesuaian pada jerawat itu.

Kulit putih

Jika masalah itu berlarutan dan tiada penyelesaian ampuh, tolong dapatkan nasihat profesional seperti daripada doktor kecantikan atau pakar dermatologi.

Pada kesempatan ini juga, ingin saya ulangi, kekurangan tidur, tidak cukup berehat dan menikmati makanan yang tinggi gula memang akan mempengaruhi pertumbuhan jerawat kita. Namun, ingin saya tegaskan sekali lagi , setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza-beza dan rawatannya juga mungkin tidak sama.

Kulit putih
IMBAS kod QR ini untuk menonton video penuh.

Foto: Freepik