BIARPUN tidak ada kena mengena dengan pementasan teater Korupsi Dewan Semandung, namun nama Khai Bahar turut menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara konsert solo Khai iaitu Khai Bahar Dari Smule Ke Pentas Dunia di Istana Budaya diterbitkan oleh syarikat milik Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Mengakui namanya turut terpalit dengan isu Ogy ‘lari’ daripada membayar gaji pelakon dan kru, Khai menegaskan dia enggan masuk campur dengan perkara berkenaan.

“Sebenarnya saya memang tak nak buat pun video ni, saya tak nak masuk campur pun hal-hal begini.

“Tapi ini masanya untuk saya bersuara sebab ramai yang mesej, komen di Instagram, Twitter dan YouTube.

“Ini hanyalah pendapat saya. Bagi mereka yang ingin menuntut hak mereka, nakkan hak selama ini mereka bekerja dan mereka tak dapat hak mereka, itu adalah urusan mereka.

“Memang saya rasa patut kot tak kisahlah sesiapa sahaja bila dah buat kerja untuk dapatkan hak mereka,” ujarnya.

KHAI BAHAR DAN OGY
Konsert Solo Khai Bahar di Istana Budaya dianjurkan oleh syarikat milik Ogy Ahmad Daud, yang juga merupakan penerbit untuk teater Korupsi Dewan Semandung.

Tambah Khai, secara peribadi sepanjang mengenali dan bekerja dengan seniwati hebat itu, dia tidak mempunyai masalah dengan Ogy.

“Bagi saya pula, sepanjang saya bekerja, berkenalan dengan beliau selama ini, saya rasa saya tak ada masalah langsung dengan beliau.

Iklan

“Malah saya dapat ilmu daripada beliau, dapat benda positif dan tiada yang negatif saya dengar atau hadap. Jadi saya rasa tak ada point langsung untuk saya masuk campur dalam hal ini.

“Jadi jangan tekan saya untuk masuk campur dengan isu yang dibangkitkan sekarang.

Iklan

“Sekarang ini bulan puasa, saya nak fokus dengan ibadah saya. Saya minta maaf kalau saya ada mengguris hati mana-mana pihak,” pintanya.

Konsert solo Khai Bahar Dari Smue Ke Pentas Dunia di Istana Budaya pada awalnya dirancang pada 27 dan 28 Mac lalu tetapi ditunda akibat wabak Covid- 19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia.

https://www.instagram.com/tv/B_xclXyDZHa/?utm_source=ig_web_copy_link