Aliff Syukri hadiahkan Ammar Ahyan kereta baharu – 'Jangan riak, sentiasa tunduk ke bumi'

No Image Caption
A
A
A

ANAK sulung kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan menerima hadiah kereta baharu jenama Porsche 718 Cayman berwarna hitam daripada kedua ibu bapanya sebagai kemudahan untuk berulang-alik ke kolej.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd Rashid memaklumkan, mereka sudah lama berhasrat untuk menghadiahkan kenderaan kepada anaknya itu selepas memiliki lesen memandu.

“Mama dengan papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar.

"Yelah, dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej,” tulisnya.

Menurut Shahida, Ammar tidak meletakkan sebarang permintaan khusus terhadap jenis kenderaan yang diinginkan, sebaliknya hanya bersyukur asalkan mempunyai kereta sendiri.

“Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup,” katanya.

Tambahnya lagi, penghantaran kereta berkenaan sepatutnya tiba lebih awal, namun mengalami sedikit kelewatan sebelum akhirnya sampai pada Rabu.

“Mama dan papa tahu hari ini kereta sampai, tapi sebab nak buat kejutan pada Ammar, kami rahsiakan.

Artikel Berkaitan:

"Nampak dia terkejut bila nampak kereta baharu dia,” katanya sambil menyertakan emoji ketawa.

Antara momen yang dikongsikan Shahida menerusi akaun Instagramnya.
Antara momen yang dikongsikan Shahida menerusi akaun Instagramnya.

Dalam masa sama, Shahida turut menitipkan pesanan penuh makna buat anak lelakinya itu agar kekal rendah hati dan tidak lalai dengan rezeki yang diterima.

“Dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat, ALLAH boleh tarik rezeki bila-bila masa jika hambanya tidak bersyukur,” pesan beliau.

Usahawan berkenaan turut mendoakan agar rezeki yang sama dapat dikurniakan kepada anak-anak lain apabila tiba waktunya kelak.

Selain Ammar, pasangan ini turut mempunyai lima cahaya mata iaitu Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al-Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang