'Andai satu hari nanti saya sudah tiada…’ Lawan tiga kanser, pesanan Cikgu E buat isteri & anak-anak undang sebak

No Image Caption
A
A
A

HAMPIR dua tahun bertarung nyawa dengan hanya 30 peratus saluran pernafasan masih berfungsi, keadaan Cikgu E atau nama sebenarnya Nassry Mardee Ismail meruntun hati warganet.

Terus kuat melawan tiga jenis kanser buah pinggang, kelenjar dan paru-paru yang menyerang sejak Mac tahun lalu dan kini berada dalam fasa kritikal, semangatnya kekal utuh. 

Baru-baru ini, dalam satu hantaran terbaru di laman Facebook, Cikgu E berkongsi catatan bertajuk Status Terakhir Untuk Keluarga Tersayang  ialah luahan yang ditujukan khas buat isteri dan lima cahaya matanya.

No Image Caption

Lebih menyayat hati, kata-katanya seolah menggambarkan dia reda dengan ketentuan dan mungkin tidak punya masa yang panjang untuk terus berada di sisi keluarga tercinta.

"Andai satu hari nanti saya sudah tiada, ingatlah bahawa setiap nafas terakhir saya dulu adalah kerana kasih dan cinta saya pada kamu semua.

"Buat isteri tercinta, terima kasih kerana menjadi tiang doa dan kekuatan saya sejak awal perjalanan ini. 

"Awak bukan sekadar isteri tetapi rahmat paling indah yang ALLAH pinjamkan. Teruslah hidup dengan tenang, jangan sesekali bersedih lama-lama. Saya mahu awak bahagia, sebab bahagia awak itu tanda saya tenang di sana," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dahulu seorang yang aktif, Cikgu E kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada bantuan oksigen selama 24 jam sehari.

Dalam keadaan tubuh semakin lemah, beliau sempat menitipkan pesanan  agar anak-anak dikurniakan kekuatan emosi pada hari-hari mendatang termasuk anak sulungnya, Hakeem.

No Image Caption

"Anak sulung, Hakeem, awak yang paling awal faham erti pengorbanan. Abah bangga dengan kematangan dan ketabahan awak menjaga keluarga bila abah dah tak mampu. 

"Teruskan jadi pelindung untuk emak dan adik-adik ya," pesannya.

Hantaran berkenaan menerima 44,000 reaksi daripada warganet dan lebih hampir 6,000 perkongsian. Warganet rata-rata menitipkan doa agar Cikgu E terus kuat dan tabah.

Terdahulu, kisah bapa kepada tiga cahaya mata perempuan dan dua lelaki berusia antara lapan tahun hingga 19 tahun itu kisah menjadi tular apabila beliau yang aktif bersukan berubah sepenuhnya. 

Sebelum ini mampu berlari 10 kilometer (km) dengan pace empat, kini terpaksa meminta bantuan untuk ke bilik air.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang