Beauty with brain, Cik Afzaa Fadini alumni King’s College London menawan hati Tengku Amir Shah
CANTIK dan pintar, itulah yang menggambarkan keperibadian Cik Afzaa Fadini, wanita jelita yang kini menjadi tumpuan ramai selepas dikaitkan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Berpendidikan tinggi dan berkarisma, alumni universiti ke-31 terbaik di dunia serta kelima terbaik di United Kingdom, King’s College London itu mencuri perhatian bukan sahaja kerana rupa parasnya, tetapi juga kerana pencapaian yang mengagumkan.
Bakal disatukan dalam istiadat pernikahan diraja pada 2 Oktober ini dikuti persandingan serta santapan pada 22 Oktober 2025, latar belakang pendidikan Cik Afzaa Fadini bukan calang-calang.

Selepas menamatkan pengajian sarjana muda dalam Development Studies and Economics, beliau meneruskan kecemerlangan akademik di peringkat sarjana dengan memilih bidang Sustainable Cities pada tahun 2015–2016.
Bidang pengajian tersebut memberi tumpuan kepada pembangunan bandar secara lestari, dengan menyeimbangkan kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar, selain merancang penggunaan ruang secara mampan seiring dengan aspirasi dunia moden masa kini.
Selain cemerlang dalam bidang akademik, Cik Afzaa turut dikenali kerana komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar. Dari Oktober 2020 hingga Mac 2025, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Projek di Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC).
Artikel berkaitan

Sepanjang tempoh lebih empat tahun itu, beliau memainkan peranan penting dalam mengurus dan melindungi kawasan hutan melalui program pemulihan hutan aktif di Semenanjung Malaysia.
Dedikasi beliau dalam bidang pemuliharaan jelas mencerminkan bahawa keanggunannya bukan sekadar terletak rupa paras tetapi juga pada jiwa dan misinya demi masa depan bumi yang lebih hijau serta lestari.
Cik Afzaa Fadini menyerlah bukan sahaja kerana keanggunan dan kecerdasannya, tetapi juga kerana keprihatinannya terhadap isu-isu alam sekitar.
Gabungan sifat berkenaan menjadikan beliau sosok wanita yang bukan sekadar dikagumi, malah menjadi inspirasi ramai malah sebagai lambang kekuatan, kelembutan dan jiwa yang luhur.
Semoga kebahagiaan pasangan diraja ini terus mekar dalam kasih dan iltizam yang murni.
Sumber: LinkedIn
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

