"Mama tak banyak gambar adik...,'Remaja lelaki meninggal dunia dilanggar kereta, ibu sedih suspek belum tampil minta maaf

No Image Caption
A
A
A

PENULIS berasa sedih bila membaca luahan seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya baru-baru ini.

Pada Selasa lalu, Emylia Tarmidi berkongsi anak lelakinya, Muhammad Adib Irffan, keluar seperti biasa untuk ke sekolah.

Tiada sebarang petanda buruk atau perubahan kepada anak kesayangannya itu. Namun siapa sangka, pelajar tingkatan satu itu dilanggar kereta yang dipandu laju oleh seorang lelaki warga emas.

Akibat pelanggaran tersebut, kepala remaja berusia 13 tahun itu terhentak dan berlumuran darah. Manakala, cermin sisi kereta pecah disebabkan hentakan itu.

“Anak saya kena langgar waktu nak pergi sekolah.

“Dia belum lagi melintas jalan, tengah berdiri di tepi tunggu kenderaan.

“Lengang tapi ada hamba ALLAH ni langgar dia. Lampu sisi kereta orang itu berkecai, tiada kesan brek, bawa kereta laju di garisan kuning bonggol di hadapan, double line jalan,”ujar si ibu.

Sejak kejadian, pemandu yang melanggar Adib masih belum tampil meminta maaf atau berjumpa dengan keluargannya. Itu menambahkan lagi rasa terkilan sang ibu yang sehingga kini meratapi pemergian anaknya itu.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau meminta bantuan orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi menuntut keadilan keatas kematian anaknya.

No Image Caption

Kini si ibu hanya mampu meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung dan tak pernah menyangka bahawa gambar raya tahun ini akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.

Sehari sebelum Adib pergi buat selamanya, arwah sempat bermanja, berbaring di atas paha ibunya, seolah-olah tahu itulah saat-saat terakhir mereka bersama. Lebih memilukan anaknya itu menghembuskan nafas terakhir di atas ribaan sang ibu tersayang.

“Mama tak ada banyak gambar dengan adik tapi tahun ni kita dapat raya bersama.

“Mama raya dengan adik di Gesir. Rupanya tahun ini tahun terakhir mama dengan adik.

“Sehari sebelum adik pergi, adik baring atas paha mama. Adik pergi pun atas riba mama, sayang...,”luahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang