'Papa dan Aunty Erra, harap membawa ke jannah” – Dania Sofea titip doa penuh ikhlas buat kebahagiaan keluarga baharu
PERKAHWINAN Ezwan Zain bersama Erra Fazira nyata membawa kebahagiaan bukan sahaja kepada pasangan tersebut, malah turut dirasai oleh anak tersayang, Dania Sofea.
Menerusi video stesen radio Era, Dania Sofea, 16, dengan kata-kata jujur dan penuh kasih, Sofea meluahkan perasaannya serta menitipkan doa yang menyentuh hati buat bapa tercinta dan ibu tirinya dalam memulakan fasa baharu kehidupan mereka.
Menurut Sofea, dia benar-benar berasa bahagia melihat Ezwan dan Erra saling membahagiakan antara satu sama lain.

“Sofea rasa happy. Sofea rasa Papa dan Aunty Erra mereka saling menggembirakan antara satu sama lain. So I think it’s a good step for them,” katanya dengan penuh yakin, menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai permulaan kepada lembaran baharu.
Menurutnya lagi, penyatuan itu bukan sekadar ikatan perkahwinan, sebaliknya satu fasa kehidupan yang wajar diraikan dengan doa dan sokongan.

Apabila ditanya mengenai ucapan buat Papa dan Aunty Erra, Sofea tanpa ragu-ragu menzahirkan harapan agar kebahagiaan itu berkekalan.
“Sofea harap Papa dan Aunty Erra happy. Saya harap mereka dapat membawa hubungan ini hingga ke jannah. And I think they deserve it. I really do,” ujarnya dengan penuh keikhlasan.

Mengakhiri ucapannya, Sofea turut menyampaikan kata-kata kasih yang menyentuh hati, “Papa dan Aunty Erra, I love you guys. Selamat pengantin baru.”
Sofea terdahulu hadir di majlis resepsi Erra dan Ezwan di Rinjani Majestic, Subang.
Dihadiri 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan media, majlis berkenaan menyaksikan pasangan mempelai memakai sepersalinan kelabu perak.
Sekadar info, Erra dan Ezwan selamat diijab kabul di lokasi yang sama pada Jumaat.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
