Sering tampil imej bahagia di media sosial, rumah tangga influencer kini di hujung tanduk? 'Suami sepatutnya jadi pelindung kan?'
TENTU ramai mengingati pempengaruh abang penyayang, Hammad Zamakhshari atau Bengah yang sering berkongsi content bersama adik istimewa.
Tular di laman sosial rumah tangga perkahwinannya dengan isteri, Cik Bunga sedang berantakan apabila wanita itu memuat naik beberapa hantaran penuh emosi di media sosial.
Wanita itu juga didakwa meluahkan rasa tidak dihargai dan tertekan selepas lama tinggal bersama keluarga mentua dan sikap suami tidak melindungi isteri.
Menerusi laman sosial Thread, tular hantaran Insta Story berkaitan luahan perasaan. Walaupun tidak menyebut nama sesiapa secara langsung, warganet beranggapan bahawa luahan tersebut merujuk kepada situasi rumah tangganya mereka walaupun sebelum ini sering tampil dengan imej bahagia di media sosial.

"Suami sepatutnya menjadi pelindung kan?," kongsinya menerusi salah satu Insta Story.
Luahan beremosi itu pantas menarik perhatian ramai, dengan netizen membanjiri ruangan komen untuk memberi semangat dan doa agar hubungan pasangan ini kembali pulih.
Kebanyakan pengikut turut menitipkan harapan agar mereka dapat menamatkan isu ini secara matang dan tetap menjaga ruang peribadi rumah tangga daripada tatapan umum.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

