Hanya 4 bahan diperlukan untuk hasilkan Cinnamon Roll. Memang kecur air liur tengok!

KEBANYAKAN orang menyediakan hidangan minum petang hanya sekadar memasak cucur, roti mahupun biskut yang dicecah dengan air kopi.

Namun, lama-kelamaan kalau selalu disajikan makanan sama, siapa sahaja yang tidak bosan, betul tak?

Jadi, pada minggu ini, SinarPlus ingin berkongsi satu idea masakan yang boleh dinikmati seisi keluarga pada bila-bila masa sahaja iaitu Cinnamon Roll (roti gulung kayu manis).

Bayangkan ‘rupa’ dan rasa herba itu memang sudah membuatkan kecur air liur.

Masakan tidak, melihat kepada tekstur Cinnamon Roll yang rangup di luar dan lembut di dalam itu, siapa je yang tak teringin nak makan?

Kepada pembaca SinarPlus yang mahu mencuba masak hidangan itu tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk membuat pastri, usah risau kerana kami akan kongsi cara-cara memasak dari permulaan sehingga selesai.

Sebelum terlupa, terima kasih diucapkan kepada pengguna Facebook, Shida Ambok kerana sudi berkongsi resipi bersama pelayar media sosial.

Beritahu Shida, beliau mencuba masak Cinnamon Roll apabila juadah itu viral dan setelah dicuba, ia sangat mudah untuk disediakan.

Berikut bahan-bahan dan cara memasak:

Roti prata/canai segera jenama Kawanku (BELI DI SINI)
Serbuk kayu manis (BELI DI SINI)
Mentega (BELI DI SINI)
Gula perang (BELI DI SINI)

Cara memasak:

Iklan

1. Lumurkan mentega di atas keseluruhan permukaan pan dan di atas roti prata.
2. Cantumkan penghujung dua keping roti prata di atas pan.
3. Taburkan serbuk kayu manis di atas roti, kuantiti bergantung kepada cita rasa anda.
4. Seterusnya, taburkan pula gula perang dan ratakan.
5. Kemudian, gulung roti prata sebelum dipotong kepada bahagian yang lebih kecil.
6. Tegakkan roti yang telah dipotong tadi. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 hingga 20 minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk menjadikan sajian pastri itu lebih enak, Shida menyarankan kepada orang ramai untuk menikmati Cinnamon Roll dengan coklat cair.

Selepas melihat resipi lengkap itu, hanya empat bahan sahaja diperlukan untuk menghasilkan satu hidangan yang menggiurkan. Memang jimat dan berbaloi!

Apa tunggu lagi jom cuba!

Iklan

Baca juga: Bebola kentang dengan ‘cheese tarik’ memang bikin terliur. 1 adunan boleh hasilkan 35 biji bebola, memang terbaik!

Baca juga: Resipi mini pankek mudah dan cepat, enak dinikmati ala bijirin sarapan pagi, anak-anak mesti suka

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi