Jom buat Apam Aiskrim Cornetto berwarna-warni, belum buat lagi, tapi dah terbayang keenakannya!

CUTI hujung minggu mesti membosankan jika kita tiada plan nak pergi ke mana-mana.

Anak-anak pun akan merungut bila mereka tidak dapat berjalan-jalan dan terpaksa memerap di rumah saja.

Bagi menghilangkan rasa bosan, apa kata anda memasak sesuatu yang menyelerakan.

Kali ini, SinarPlus cadangkan resipi Apam Aiskrim Cornetto yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, Nora Syikin Azmi.

Menu ini agak istimewa kerana anda boleh ajak si kecil atau anak yang sudah dewasa pun untuk memasak di dapur.

Apam Aiskrim Cornetto

Bila siap semua, kita beralih pula dengan menonton televisyen bersama-sama.

Berikut langkah-langkah mudah untuk membuat Apam Aiskrim Cornetto:

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum (diayak)
4 biji telur
1 cawan gula kastor [BELI DI SINI]
200 mililiter air ice cream soda

Apam Aiskrim Cornetto
1 sudu makan ovalette [BELI DI SINI]
1 sudu teh esen rose [BELI DI SINI]
Pewarna
Coklat masakan [BELI DI SINI]
Kekacang/coklat urai/cip coklat [BELI DI SINI]

Apam Aiskrim Cornetto

Cara penyediaan:
1. Pukul telur, ovalette dan gula hingga kembang dan gebu selama 5 hingga 7 minit.
2. Masukkan air aiskrim soda separuh dahulu, kemudian putar pada paras high speed.
3. Masukkan separuh tepung gandum, aiskrim soda dan adun sebentar sebelum masukkan semua tepung.

Baca juga Resipi mudah jem tat nanas cantik berserat hanya 4 bahan, pakai pemarut legend

4. Kemudian masukkan esen rose dan adun sekejap.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian di dalam mangkuk berasingan.
6. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
7. Gaul adunan sehingga sebati.

Iklan

Apam Aiskrim Cornetto
8. Susun kon dalam lubang kukusan.
9. Jangan tutup semua lubang, pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
10. Tuang adunan mengikut warna secara berselang-seli.
11. Pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis ke atas apam.

Baca juga Cara mudah buat apam puri guna cawan, inti lebih lembut dan gerenti sedap

Apam Aiskrim Cornetto
12. Kukus dengan api sederhana selama 15 hingga 20 minit atau sehingga apam masak.
13. Kemudian, cairkan coklat dan tuang di atas apam tadi.
14. Nak lebih cantik, taburkan kekacang atau coklat urai atau cip coklat.
15. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Langkahnya nampak banyak, tapi sebenarnya tak susah pun. Konnya pun guna kertas minyak je.

Iklan

Apam Aiskrim Cornetto

Pesan SinarPlus, jangan lupa memilih warna yang menarik atau rona kegemaran anak agar mereka lebih bersemangat dan bertambah ceria.

Okey! Selamat mencuba ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.