BERBEZA dengan lokasi iftar di tempat lain, hidangan di Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur sangat mengujakan apabila lebih 200 makanan tradisional dengan ciri-ciri autentik Malaysia dan Indonesia disediakan.

Bertemakan Selesa Nostalgia Mal-Indo, anda pasti ‘pening kepala’ untuk memilih makanan untuk dinikmati. Namun, hidangan terbaik tentulah Kari Kepala Ikan Merah.

Peluang untuk menikmati masakan itu tidak boleh dilepaskan begitu sehaja kerana pada kebiasaannya, harga ala carte boleh mencecah lebih RM79.

 

Baca juga: Jangan derhaka pada resipi mi sup daging pasti digemari

Baca juga: Paru goreng berlado memang terangkat habis

 

Bagaimanapun dengan bayaran bermula RM129, bukan sahaja sajian berkenaan, malah pelbagai masakan lain turut boleh dijamah.

Penulis yang dipelawa ke sana baru-baru ini turut mencadangkan hidangan lain seperti rendang tok, sate, lemang dan Udang Masak Mentega.

Sementara itu, antara menu popular dari negara seberang yang boleh dicuba adalah seperti sup betawi, sup tulang rawon, nasi uduk dan Daging Dengdeng Berlado.

Terdapat juga Pecel Lele Kuah Santan, Paru-Paru Sambal Terasi, Ayam Bakar Taliwang dan Gulai Daun Singkong. Tidak hanya hidangan berat, malah pelbagai pilihan ulam, pemanis mulut turut disediakan.

Iklan

Menariknya lagi, pengunjung juga berpeluang menyaksikan barisan cef profesional menyediakan masakan makanan laut bakar di dapur terbuka.

Pendek kata, apa sahaja masakan dari negara Malaysia mahupun Indonesia, semuanya lazat belaka.

Selera Nostalgia Mal-Indo

Alamat: Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Waktu: 6.30 petang hingga 10 malam
Tarikh: 9 April hingga 1 Mei 2022
Menu signatur: Kari Kepala Ikan Merah, Pecel Lele Kuah Santan, Paru-Paru Sambal Terasi, Ayam Bakar Taliwang, Gulai Daun Singkong dan banyak lagi.
Harga: RM129 dan ke atas (dewasa), potongan 50 peratus (kanak-kanak enam hingga 12 tahun, sementara kanak-kanak lima tahun dan ke bawah tidak dikenakan caj)

Iklan

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI