Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

SEMPENA kempen #GetBackOnTrack dan bulan Ramadan kali ini, Nando‘s memperkenalkan beberapa sajian baharu yang padat dengan protein dan bebas daging, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Nando‘s, Stephen Chew.

Antara menu yang disediakan adalah seperti Portobello Mushroom with Tofu Burger, Veggie Carnival Bowl, Spicy Rice Nando‘s, Happy Trio Chicken Bowl dan Ultimate Trio Chicken Bowl.

Kepada peminat cendawan, apa kata anda memilih untuk merasa Portobello Mushroom with Tofu Burger yang digandingkan dengan jem cili istimewa Nando‘s, sayuran segar yang ‘diapit‘ bersama roti.

#GetBackOnTrack nando's

Anda yang masih memerlukan nasi, boleh mencuba Spicy Rice Nando‘s yang hadir bersama cendawan portobello premium, cili benggala dan bayam segar.

Buat pencinta ayam yang mahukan hidangan lengkap yang sihat, anda boleh memesan Happy Trio Chicken Bowl yang lengkap dengan isi dada ayam yang lembut, spicy rice, isi jagung, bayam dan cili benggala.

#GetBackOnTrack nando's

Iklan

#GetBackOnTrack nando's

Selain menu utama itu, terdapat juga hidangan pembuka selera sihat yang boleh dikongsi di dalam menu baharu iaitu Tofu Sticks & Dip dan kemunculan semula Portobello Mushroom Bowl.

“Di samping menyediakan makanan yang sihat, peminat Nando‘s juga dapat mengikuti petua senaman dan tawaran istimewa bagi ahli gimnasium Crossfit Pahlawan, Journey Indoor Cycling Studio, Peak Fitness and The Flow Studio,“ kata Stephen dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

#GetBackOnTrack nando's

#GetBackOnTrack Nando‘s

  • Alamat: Semua restoran Nando‘s di seluruh Malaysia
  • Waktu: 10 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Portobello Mushroom with Tofu Burger, Veggie Carnival Bowl, Spicy Rice Nando‘s, Happy Trio Chicken Bowl dan Ultimate Trio Chicken Bowl
  • Harga: RM16.90 hingga RM25.90
  • Laman web: www.nandos.com.my