Cecair kumur antiseptik mampu bunuh virus influenza, korona-Pakar Mikrobiologi USIM

Cecair kumur antiseptik mampu bunuh virus influenza, korona-Pakar Mikrobiologi USIM
October 4, 2020
Oleh Lynn Mazlina

PARA penyelidik di seluruh dunia terus bertungkus-lumus mencari penyelesaian dinamik memerangi pandemik Covid-19 yang telah mengorbankan hampir satu juta manusia.

Dua Pakar Mikrobiologi Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed dan Prof Dr Che Ilina Che Isahak berkata, sejak Mac lalu, beberapa artikel telah diterbitkan oleh jurnal-jurnal antarabangsa berkenaan saranan untuk berkumur dengan cecair antiseptik.

Saranan tersebut berasaskan beberapa kajian klinikal yang banyak dilakukan di Jepun menunjukkan bahawa berkumur boleh mencegah jangkitan pernafasan terutamanya influenza. Ia juga berasaskan kepada kajian makmal yang membuktikan bahawa cecair kumur antiseptik terutamanya yang mengandungi povidone iodin mampu membunuh virus influenza dan korona yang menyebabkan penyakit SARS dan MERS.

Rasionalnya, virus memasuki badan melalui hidung, mulut dan mata. Virus akan melekat pada reseptor yang berada di sekitar tekak dan hidung, kemudian membiak. Berkumur selepas terdedah kepada persekitaran berisiko membolehkan virus disingkirkan sebelum membiak atau merebak ke tempat lain,“ kata mereka kepada Sinar Plus.

Rentetan itu, pakar dalam bidang pergigian dan otorinolaringologi itu memberi saranan kepada petugas kesihatan untuk berkumur.

(Artikel berkaitan: Covid-19 vs PRN Sabah: Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa)

Pesakit juga disarankan berkumur dengan 1 peratus hidrogen peroksida atau povidone iodin sebelum diperiksa oleh doktor. Doktor dan petugas pula dinasihatkan untuk berkumur selepas berjumpa pesakit.

Iklan

Beritahu Dr Nurul Azmawati dan Dr Che Illina, beberapa kajian makmal telah dijalankan bertujuan untuk melihat kebolehan cecair kumur antiseptik untuk membunuh virus SARS-CoV-2.

Cecair kumur antiseptik mampu bunuh virus influenza, korona-Pakar Mikrobiologi USIM
PETUGAS kesihatan mahupun doktor yang merawat pesakit korona virus digalakkan berkumur-kumur selepas melakukan pemeriksaan.

“Kajian awal dilakukan di sebuah makmal di Malaysia mendapati bahawa cecair kumur antiseptik yang mengandungi povidone iodin membunuh virus tersebut selepas 30 saat.

Iklan

"Kajian-kajian yang lebih meluas dijalankan di luar negara mendapati, cecair kumur yang mengandungi dequalinium chloride, benzalkonium chloride, povidone iodin, ethanol, hidrogen peroksida dan essential oils dapat membunuh virus penyebab COVID-19 selepas dibiarkan selama 15 hingga 30 saat," katanya.

Cecair kumur antiseptik mampu bunuh virus influenza, korona-Pakar Mikrobiologi USIM
BEBERAPA kajian yang dijalankan di luar negara mendapati cecair kumur yang mengandungi dequalinium chloride, benzalkonium chloride, povidone iodin, ethanol, hidrogen peroksida dan essential oils dapat membunuh virus penyebab COVID-19 selepas dibiarkan selama 15 hingga 30 saat.-Gambar hiasan

Berdasarkan laman yang mengumpulkan kajian klinikal daripada seluruh dunia, clinicaltrial.gov, terdapat tujuh projek berkaitan berkumur dalam kalangan pesakit COVID-19 telah didaftarkan.

Setakat ini, projek rintis yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu-satunya projek yang telah tamat. Projek tersebut mendapati bahawa hampir kesemua pesakit COVID-19 yang diberikan cecair kumur antiseptik (tiga kali sehari) mengalami viral clearance seawal hari ke-5 selepas dimasukkan ke wad.

Justeru, saran dua pakar berkenaan, orang ramai dinasihatkan untuk berkumur menggunakan cecair kumur antiseptik yang boleh dibeli di farmasi-farmasi selepas berada di kawasan yang sesak.

Sumber gambar: Freepik & Unsplash

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis