GOLONGAN yang baru sahaja bergelar ibu perlu peka terhadap kesihatan bayi.

Setiap perilaku atau perubahan yang ditonjolkan si kecil merupakan petanda sama ada mereka sihat ataupun tidak.

Bagi bayi yang alami sakit perut, mudah untuk si ibu mengenal pasti sebarang permasalahan, tetapi bagaimana pula sekiranya si comel berhadapan dengan penyahhidratan?

Perkara tersebut perlu diberi penekanan kerana si kecil tidak mampu mengungkapkan kata-kata seperti mahu minum.

Menurut Healthline, walaupun anak kita sentiasa dilihat ëmelekatí bersama botol susu, itu bukan petanda bahawa tubuh badan mereka cukup air.

Jelas laman perubatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu lagi, masalah kekurangan air juga boleh berlaku kepada bayi sama seperti orang dewasa.

Hal berkenaan disebabkan bayi yang telah kehilangan begitu banyak air, tidak dapat minum susu dengan segera untuk menggantikannya semula.

SinarPlus kemudiaan merujuk perkongsian Pakar Pediatrik dan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Dr Husna Musa, mengenai gejala yang bakal anak-anak alami sekiranya kekurangan air.

Beritahu Dr Husna, penyahhidratan dalam kalangan bayi amat berbahaya.

Baca juga: Tunda ujian MRI akibat takut berada di ruangan sempit, pakar ini kongsi cara atasi ketakutan itu

Justeru, beliau telah menyenaraikan beberapa simptom yang bakal si kecil alami. Berikut antara saranan yang diketengahkan:

  1. Bayi mengalami lekukan pada bahagian atas kepala.
  2. Lekukan pada mata.
  3. Bayi menangis, tetapi tiada air mata yang keluar.
  4. Kulit, mulut dan lidah bayi menjadi kering.
  5. Ketegangan kulit menjadi lemah apabila bahagian perut dicubit, ia mengambil masa untuk kembali kepada asal.
  6. Bayi kelihatan kurang aktif, gelisah dan mudah marah.
  7. Pengeluaran air kencing berkurang, lampin tidak basah dalam tempoh enam ke lapan jam.
  8. Air kencing menjadi warna kuning gelap.
  9. Muntah dan cirit birit.

Sehubungan itu, Dr Husna mengingatkan ibu bapa untuk segera membawa anak berjumpa doktor sekiranya mereka alami tanda-tanda berkenaan.

Iklan

Justeru, menjadi individu yang dipertanggungjawabkan membesarkan anak-anak bukanlah perkara yang mudah, tetapi lumrah bergelar mak ayah, harus sentiasa cakna dengan kesihatan anak.

Perubahan kecil kadangkala memberi implikasi cukup besar.

Baca juga: Jangan pandang remeh masalah tonsil, selain boleh cetuskan kanser, ia boleh akibatkan kematian

Iklan

Baca juga: Pil perancang kehamilan antara solusi atasi masalah jerawat teruk. Berikut rawatan lain yang dicadangkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan