PELBAGAI tanda tanya timbul, adakah bekas pesakit Covid-19 masih mengalami pascaCovid-19 atau dikenali gejala Long Covid-19 untuk jangka masa panjang?

Bagi menjawab persoalan itu, Profesor Dr Moy Foong Ming dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya ada jawapannya.

Ujar Dr Foong Ming, dalam kajian yang dijalankan, kesan berpanjangan Long Covid-19 adalah pelbagai simptom yang berterusan selama beberapa minggu atau bulan selepas jangkitan Covid-19 akut.

Menurutnya, kesan berpanjangan masalah itu boleh berlaku kepada mana-mana bekas pesakit Covid-19, walaupun pesakit tersebut mempunyai penyakit ringan.

Long Covid-19

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan pemandiri Covid-19 di Malaysia (dari Julai hingga September 2021) menunjukkan:

i) Kira-kira 88 peratus daripada pemandiri Covid-19 mengalami gejala pasca-Covid-19 hingga enam minggu sejak diagnosis.

ii) 48 peratus mengalami gejala lebih daripada enam minggu.

Long Covid-19

iii) 21.1 peratus mengalami kesan Long Covid-19 lebih daripada tiga bulan.

iv) 10 peratus pesakit berdepan Long Covid-19 lebih daripada enam bulan.

Berikut dikongsikan 14 simptom pascaCovid-19 yang paling kerap dilaporkan:

1. Keletihan (72.1 peratus)
2. Kabus otak (50.9 peratus)
3. Sakit sendi/otot (45.5 peratus)

Long Covid-194. Berasa cemas (45.4 peratus)
5. Insomnia (45.1 peratus)
6. Rasa tertekan (41.2 peratus)
7. Batuk berterusan (39.6 peratus)

Long Covid-198. Berasa sakit (39.5 peratus)
9. Hilang bau/rasa (37.1 peratus)
10. Penurunan berat badan (34.3 peratus)
11. Sakit kepala (33.5 peratus)

Long Covid-1912. Sukar bernafas (33.3 peratus)
13. Pening semasa berdiri (32.9 peratus)
14. Denyutan jantung yang amat cepat (31.7 peratus)

Menurut profesor berkaliber tersebut, laporan berkenaan disumbangkan oleh pesakit Covid-19 yang berkemungkinan besar berada dalam gelombang Delta dan tidak divaksinasi sebelum jangkitan.

Ini kerana pada masa kini, virus yang dominan ialah varian Omicron dan lebih daripada 80 peratus daripada jumlah populasi diberi vaksin dengan dua dos dan 68 peratus daripada orang dewasa diberi vaksin dengan dos penggalak.

Baca juga Bahana gejala Long covid, boleh berterusan sehingga 1 tahun

Long Covid-19

TIADA BUKTI SAINTIFIK

Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan United Kingdom, antara individu yang diberi vaksin dua dos, gejala pascaCovid-19 dalam kalangan pemandiri varian Omicron adalah lebih rendah 49.7 peratus berbanding Delta.

Bagaimanapun menurut Dr Foong Ming, tiada bukti statistik tentang perbezaan risiko antara jangkitan dengan varian Delta dan Omicron dalam kalangan orang dewasa yang telah menerima tiga dos vaksin.

Long Covid-19

Satu kajian kecil dari Jepun juga melaporkan bahawa lazimnya keadaan pascaCovid-19 daripada jangkitan Omicron adalah kurang daripada strain lain.

Baca juga Tak bermaya, hilang daya tumpu selepas sembuh. Long Covid hantui bekas pesakit koronavirus

Oleh itu, satu lagi kitaran tinjauan tentang gejala berpanjangan pascaCovid-19 dijalankan untuk memahami lebih lanjut mengenai gejala Long Covid-19.

Tinjauan tersebut tersedia dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan hanya klik https://redcap.link/3cvjqbf3 untuk menyertainya.

Long Covid-19

Mungkin penyertaan kalian boleh membantu menyumbang maklumat penting berkaitan Long Covid-19.

Kepada yang merasakan diri mengalami masalah yang dinyatakan, jangan berlengah ya, sila berjumpa dengan doktor.

Bukan apa, kita takut krisis kesihatan yang kita alami bertambah parah. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan