SEBENARNYA, terdapat pelbagai kaedah kurus boleh dipraktikkan untuk mengembalikan kelangsingan badan seperti anak dara.

Antara metode popular seperti makan suku suku separuh, diet paleo, keto, Atkins, Intermittent Fasting, berpuasa, bersenam dan banyak lagi.

Jika serasi dengan diri, apa salahnya meneruskan petua langsing tersebut supaya badan kekal fit dan sihat.

Pun begitu, trend kurus dengan cara waterfasting yang tular baru-baru ini membuatkan ramai teruja untuk mencuba.

waterfasting

Mana tidaknya, dengan hanya minum air sahaja selama lima hari tanpa menyentuh nasi, boleh kurus dan turun berat badan hingga 7 kilogram!

Namun, sejauhmana keberkesanan kaedah tersebut? Adakah ia tidak memberi kesan buruk kepada tubuh yang memerlukan nutrisi seimbang?

Perkongsian Dr Irma Izzati Abd Malek di akaun TikTok terhadap trend berkenaan nampaknya memang berasas dan perlu dihadam sebaiknya.

Tidak mahu menyifatkan perkongsian tersebut dianggap sebagai kecaman, pakar perubatan itu memaklumkan butiran informasinya lebih kepada nasihat.

@drirmaizzati #stitch with @𝓲𝓮𝓴𝓪𝓯𝓲𝓸𝓷𝓪𝓪🦋 #TahukahAnda #tiktokdoc #tiktokguru #motivasi #learnontiktok ♬ original sound – Dr. Irma Izzati Abd Malek

Akui beliau, post yang dibuat sebelum ini telah menyebabkan dirinya kena block atau ‘dibanned’, namun harapannya maklumat kali ini tidak disalah anggap.

“Siapa yang tengok video itu, terasa nak buat, batalkan niat please! Banyak sangat risiko yang boleh dapat kalau you buat waterfasting ini.

waterfasting

“Awak tak makan apa-apa, awak nak telan air tak tahu berapa liter satu hari, kita sarankan lapan gelas saja tak perlu sampai lebih 3 liter sehari,” katanya.

BOLEH KOMA

Tambahnya lagi, risiko tinggi hingga boleh jadi koma dan otak menjadi bengkak akibat lebihan air dalam badan.

“Tambah-tambah lagi tak makan apa pula. Nutrisi tiada bagaimana nak dapat tenaga.

waterfasting

“Makan kena perlu makan. Buatlah suku suku separuh. Kan senang dan bolehlah buat sampai ke tua,” nasihatnya.

Siapa sangka, video pendek berdurasi 2 minit 51 saat itu mendapat perhatian netizen, malah berkongsi pengalaman sama.

Baca juga Bahaya kurang minum air kosong, tapi awas jika berlebihan

Ramai yang kata berpuasa dan makan makanan sihat lebih baik!

Trend kurus laju-laju, boleh buat hormon tunggang terbalik.

Iklan

waterfasting

Nasi menangis kalau tengok saya tak makan dia. Serba salah jadinya 😆

waterfasting

Saya pun ‘terskip’ lunch pun boleh sakit kepala, inikan pula 5 hari.

waterfasting

waterfasting

Bimbang nak cuba keranan ada tekanan darah rendah. Boleh koma jadinya.

Iklan

waterfasting

Crash diet akan rosakkan sistem dalam badan.

waterfasting

Dr Irma Izzati juga berkongsi tip untuk turunkan berat badan dengan rajin-rajin cuci rumah, naik tangga berbanding lif atau bawa anak-anak jalan taman.

Betullah orang kata, tepuk dada tanya selera.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Semuanya datang dari diri, jika mempunyai kemahuan untuk kurus dengan cara sihat, sudah tentunya hasilnya lebih memuaskan.

Kepada anda di luar sana, lebih baik ikut kata dan nasihat pakar. Jangan sampai menyesal ya. #kitajagakita #kitalaluibersama