VOKALIS kumpulan rock Menara yang popular pada era 1990an, Dino atau nama sebenarnya Rafding Hj Mensing meninggal dunia pada malam Khamis, di Hospital Kota Belud, Sabah, akibat gastrik.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun, telah dimasukkan ke hospital semalam selepas mengalami sakit perut sejak seminggu lalu.

Ketika hayatnya, Dino meniti populariti bersama kumpulan Menara menerusi lagu hits mereka yang berjudul Sayang.

Selain itu, kumpulan yang turut dianggotai oleh Nuar selaku gitar utama, Yen (bass), dan Lee (dram) juga popular dengan lagu Bicara Sepi, Antara Wajah-Wajah Sayang, Memori Cinta Semalam, Biarku Sendiri dan lain-lain.

Iklan

Pada era kegemilangan, Menara pernah menghasilkan tiga buah album studio ialah Mitology yang dihasilkan pada tahun 1990, Kerona (1993) dan Cleopatra (1994).

Iklan

Allahyarham yang dijangka akan dikebumikan pada petang ini meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.