SEDAP makan begedil. Murah dan mudah pula untuk disediakan. Bagi yang masih memikirkan nak masak apa, apa kata cubalah resipi begedil Maria Tunku Sabri ini. Senang sangat.

Bahan-bahannya:

  • Kentang dalam lapan biji ikut saiz besar atau kecil (rebus sampai lembut)
  • Daging atau ayam cincang
  • Daun bawang / Daun sup (dipotong bulat-bulat)
  • Lada putih atau lada hitam
  • Cili merah (potong serong)
  • Bawang goreng
  • Telur dua biji (untuk salut bergedil sebelum goreng)
  • Minyak Masak
  • Garam

Caranya :

Lenyek kentang sampai hancur masukkan daging atau ayam cincang, daun bawang, daun sup, lada putih atau lada hitam, cili merah, bawang goreng dan garam. Kacau sebati, bulat-bulatkan selepas itu celup telur dan goreng.

Iklan
Iklan

Terima kasih: Maria Tunku Sabri